KUALA LUMPUR 28 OGOS: Timbalan Pengerusi KEADILAN Selangor, Zuraida Kamaruddin menegaskan, penstrukturan semula industri air di negeri itu penting untuk menyelesaikan gangguan bekalan penduduk Lembah Klang.

Katanya, perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan mengenai perkara itu perlu disegera sebagai langkah melaksanakan penstrukturan air.

Zuraida“Segerakan perbincangan, proses penstrukturan semula industri pembekalan air satu-satunya jalan penyelesaiaan,” katanya ketika dihubungi.

Ahli Parlimen Ampang itu mengulas masalah bekalan air terputus di beberapa kawasan Wilayah Kuala Lumpur, Gombak dan Ampang baru-baru ini.

Masalah gangguan bekalan air tidak berjadual dan tekanan air rendah itu terjadi berikutan berlakunya henti tugas tidak berjadual di Rumah Pam milik Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) di Wangsa Maju mengakibatkan gangguan kepada hampir 100,000 kediaman.
Foto oleh minaq jinggo
Gombak, 18 Ogos 2013 - Menghadiri jemputan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Gombak pada hari ini. 

Begitu ramai yang hadir terdiri daripada semua lapisan masyarakat pelbagai kaum dan peringkat umur. Suasana sangat meriah dengan ramah mesra YB Azmin Ali serta para tetamu.

Sempat beramah mesra bersama-sama rakan-rakan politik serta para tetamu yang lain.

Tony Phua: Harga Petrol, Barang Keperluan Akan Naik

SHAH ALAM, 21 OGOS: Masyarakat pengguna diingatkan agar tidak terkejut jika kerajaan Umno-BN mengambil langkah menaikkan harga barangan keperluan asas termasuk petrol dalam Belanjawan 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri Oktober nanti.

Menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara,Tony Pua kenaikan tersebut dijangka berlaku disebabkan kedudukan dana kerajaan semakin meruncing dari akibat kegagalan kerajaan Umno-BN mengambil langkah kukuh membendung isu rasuah, pembaziran dan ketirisan dalam pentadbirannya.

“Saya rasa harga barang keperluan seperti gula, minyak masak, petrol dan lain-lain akan meningkat dalam bajet yang akan dibentangkan tak lama lagi oleh Perdana Menteri.
SHAH ALAM, 21 OGOS : Kerajaan Selangor sedang giat menaiktaraf pusat penjagaan kanak-kanak di rumah (home-based nurseries) menerusi program Si Kembar bersama pakar-pakar pendidikan anak-anak bagi memenuhi piawai kelayakan pendaftaran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska).

Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata usaha itu diambil bagi menampung keperluan rakyat.

“Kerajaan Selangor sentiasa bersedia untuk sebarang perkongsian dan pelaksanaan mekanisme terbaik bersama Kerajaan Persekutuan bagi isu ini,” ujarnya.

Serentak dengan usaha ini, Kerajaan Negeri turut meneliti dasar perancangan bandar untuk memperuntukkan tapak-tapak khusus bagi mendirikan Taska.
SHAH ALAM, 20 OGOS : Kerajaan Selangor akan menganjurkan forum awam bagi mendapatkan pandangan rakyat untuk melaksanakan Manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata forum tersebut akan diadakan diperingkat pihak berkuasa tempatan dan menjangkakan ia akan berlangsung pertengahan September depan.

“Forum ini melibatkan wakil rakyat yang mana akan mengambil bahagian dalam perbincangan bersama orang awam. Orang awam akan diberi peluang menyuarakan pandangan bagi pelaksanaan manifesto ini,” beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mensyuarat Exco di bangunan SUK di sini hari ini.

Urusetia forum ini akan diketuai oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar.
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Menurut Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, perkara itu baru diputuskan kabinet dalam mesyuaratnya sebentar tadi.
SHAH ALAM, 21 OGOS – Rayuan rakyat agar kerajaan memansuhkan penggunaaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatic (AES) di ketepikan apabila Mesyuarat Majlis Ekonomi dan kajian maklum balas mengenai AES yang di pengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini memutuskan ia di kekalkan.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Mahfuz Omar berkata, ternyata kini Kerajaan Barisan Nasional begitu angkuh tanpa memikirkan penderitaan rakyat serta memperlihatkan wajah sebenar mereka selepas Pilihanraya Umum 13.

Walhal, sebelum PRU-13, rakyat di lunakkan dengan pelbagai keprihatinan terhadap sara hidup yang di hadapi rakyat.
PETALING JAYA: A tariff hike by Tenaga Nasional Berhad (TNB) will burden consumers who are already pressured due to price increase on other daily essential goods, said Consumers Association of Subang and Shah Alam’s (CASSA) honorary secretary, Jacob George.

“It will definitely have a major impact on Malaysian families. Even now, many cannot cope with the high cost of living and are paying utility bills with credit cards.

“And utility bills are not something to be paid using credit cards,” said an irate George.

Yesterday, TNB president Azman Mohd said the utility company is looking at increasing power tariff, but stressed that it would not burden consumers.
top