Showing posts with label mosquue and sura. Show all posts
Showing posts with label mosquue and sura. Show all posts
Aktiviti-aktiviti seperti agihan bubur lambuk serta sumbangan kepada masjid dan surau seringkali diadakan pada bulan Ramadhan. Aktiviti-aktiviti seperti ini bukan sahaja dapat mengeratkan perhubungan diantara wakil rakyat dengan penduduk yang diwakili malah menunjukkan keprihatinan terhadap masyarakat berbilang kaum serta sifat hormat-menghormati di antara satu sama lain.

Pada Ramadhan tahun lepas, lebih 6 buah masjid dan 28 buah surau seluruh Dun Sri Andalas, Klang telah menerima sumbangan sempena Ramadhan daripada YB Dr. Xavier jayakumar EXCO Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor yang juga merangkap ADUN Seri Andalas. Majlis penyampaian sumbangan telah diadakan di Dewan MPK , Taman Sentosa, Klang

Setiap masjid masing-masing menerima RM1,000.00 manakala surau pula menerima RM500.00. Sumbangan telah disampaikan kepada nazir-nazir masjid dan pengerusi-pengerusi surau.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah YB Dr. Siti Mariah Mahmud, Ahli parlimen Kota Raja, Encik Dawari Daud , pengarah korporat Majlis Perbandaran Klang, ahli-ahli majlis MPK dan MBSA serta pemimpin masyarakat setempat.

Diharapkan dengan adanya sumbangan yang diberikan dapat membantu pihak pengurusan masjid dan surau menjalankan aktiviti dengan lebih lancar.



Sumbangan Ramadhan : Masjid dan Surau



16 September 2008 - Taman Sentosa, Klang

Lebih 6 buah masjid dan 28 buah surau seluruh Dun Sri Andalas, Klang telah menerima sumbangan sempena ramadhan dari Dr. Xavier jayakumar EXCO Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor merangkap ADUN Seri Andalas. Majlis penyampaian sumbangan diadakan di Dewan MPK , Taman Sentosa, Klang

Setiap masjid masing-masing menerima RM1,000.00 manakala surau pula menerima RM500.00, disampaikan kepada nazir-nazir masjid dan pengerusi-pengerusi surau.

Turut hadir ialah YB Dr. Siti Mariah Mahmud, Ahli parlimen Kota Raja, Encik Dawari Daud , pengarah korporat Majlis Perbandaran Klang,ahli-ahli majlis MPK dan MBSA dan pemimpin masyarakat setempat.

ABDUL RAZAK BIN ISMAIL
Pembantu Khas kepada


top