Dr Xavier Jayakumar mengucapkan tahniah kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dr Syed Husin Ali dan S Ramakrishnan kerana dipilih oleh Dewan Negeri Selangor sebagai Senator mewakili Selangor dalam Dewan Negara selama tiga tahun.Dengan kelayakan akademik dan pengalaman sosial yang memadai, kedua-dua Senator baru itu akan dapat mempertingkatkan peranan Dewan Negara dalam memastikan keutuhan Parlimen sebagai institusi penggubal undang-undang.



