Showing posts with label Projek Perumahan Rakyat (PPR). Show all posts
Showing posts with label Projek Perumahan Rakyat (PPR). Show all posts

Anwar : Tan Sri Khalid Pencetus Idea Projek PPR

BANDAR TUN RAZAK, 16 FEB: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merupakan individu yang bertanggungjawab mencetus idea mewujudkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) seperti yang ada sekarang, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, idea itu disampaikan Abdul Khalid yang ketika itu memegang jawatan Pengerusi Pegawai Eksekutif (CEO) Permodalan Nasional Bhd (PNB) kepada beliau sebagai Menteri Kewangan ketika itu.

Selepas itu Kementerian Kewangan ketika itu meluluskan dana sebanyak RM2.4 bilion untuk projek PPR termasuk projek terawal di Baling Kedah.

“Abdul Khalid jumpa saya beri cadangan bantu orang miskin memilik rumah, tetapi jangan tubuhkan badan baru sebab kalau tubuh badan pengurusan baru akan tambahkan bermacam perbelanjaan yang makan hampir separuh dan yang tinggal untuk dibelanjakan untuk rakyat tinggal sedikit,” ujar Anwar dalam Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Wilayah Persekutuan di sini.
top