Showing posts with label Pinjaman Pelajaran Selangor. Show all posts
Showing posts with label Pinjaman Pelajaran Selangor. Show all posts
SHAH ALAM, 30 JUN:  Pelajar yang mendapat pinjaman pelajaran Selangor berpeluang menukar status pinjaman kepada biasiswa sekiranya berjaya mendapat CGPA 3.75 dan ke atas selepas tamat pengajian.

Manakala mereka yang memperoleh CGPA antara 3.5 hingga 3.75 hanya perlu membayar 75 peratus dari nilai pinjaman.

Berita baik ini diumumkan oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali pada majlis Penyerahan Dokumen Perjanjian Pinjaman Pelajaran Kerajaan Selangor.

Menurut Halimah, ini bagi menggalakkan pelajar supaya belajar dengan lebih tekun dan memberikan sepenuh perhatian kepada pengajian.

Pinjaman yang diberikan ini merupakan pinjaman tanpa faedah yang dapat meringankan beban peminjam dalam membuat bayaran semula selepas tamat pengajian.

“Kita cuba galakkan pelajar mencapai CGPA 3.75 kerana kerajaan Selangor bukan sahaja tidak mahu adik-adik membayar (semula) bahkan menukar semula pinjaman itu tadi kepada biasiswa. CGPA 3.75 tidak perlu bayar langsung.
top