KLANG, 12 0KT : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta pertubuhan bukan kerajaan(NGO) di Selangor agar membantu Kerajaan Negeri meningkatkan kemudahan asas untuk rakyat seperti pengangkutan, pendidikan dan kesihatan awam.
Abdul Khalid memuji usaha Kelab Rotary kerana mengisi kekosongan dalam sektor perkhidmatan kesihatan sekaligus dapat menampung kekurangan perkhidmatan yang ditawarkan hospital kerajaan.
Usaha ini juga katanya menyebabkan rakyat di Selangor dapat merasai kemudahan dengan harga berpatutan.
“Kerajaan Negeri amat berterima kasih terhadap usaha kebajikan Kelab Rotary yang menyediakan kemudahan untuk pesakit buah pinggang menerima rawatan dialisis dengan harga rendah.