Showing posts with label Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS). Show all posts
Showing posts with label Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS). Show all posts

Prestasi Bola Sepak Merudum, Adun Mahu FAS Dirombak

SHAH ALAM: Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor hari ini menyatakan kebimbangan prestasi sukan bola sepak Selangor semakin menurun setiap tahun.

Adun Sri Muda,  Shuhaimi Shafei berkata, kepimpinan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) perlu ditukar supaya pemimpin baru boleh membawa satu dimensi baru masuk ke dalam persatuan itu.

“Jawatankuasa pengurusan perlu dirombak semula supaya orang yang jaga dan menguruskan badan sukan ini terdiri daripada golongan profesional dan berpengetahuan, ini perlu diberi perhatian,” katanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan negeri selangor (2014) di Dewan Undangan Negeri Selangor di sini hari ini.
top