SHAH ALAM 25 FEB : Pakatan Rakyat (PR) akan mengurangkan kos sara hidup dengan menurunkan harga minyak, caj elektrik, caj air, tol dan kereta sekiranya gabungan parti itu berjaya membentuk kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang.
Ini akan dicapai melalui penghapusan monopoli di dalam sektor-sektor seperti penjanaan tenaga, air, telekomunikasi dan barangan makan.
Inisiatif itu terkandung dalam manifesto rakyat bertemakan ‘Pakatan Harapan Rakyat’ yang dibentangkan di Konvensyen PR kali ke empat di Shah Alam Convention Center, di sini.
Antaranya PR akan menyalurkan laba dari pendapatan minyak untuk menurunkan harga petrol dan diesel.