KLANG, 20 Feb – Kerajaan negeri Selangor menganjurkan satu Forum Pengurusan Haiwan Peliharaan 2011 bagi memberikan pendedahan serta mendidik masyarakat betapa pentingnya memelihara serta memulihara haiwan ternakan khususnya mereka yang tinggal di kawasan perumahan.
Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, selain mendidik masyarakat agar bersikap lebih bertanggungjawab terhadap haiwan peliharaan mereka forum ini juga turut menekankan usaha Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam mengatasi masalah anjing liar di kawasan pentadbiran mereka.
Menurut Dr Xavier, melalui forum ini juga pihaknya telah menetapkan satu garis panduan bagi mengatasi permasalah anjing liar ini.
“Kita kena faham situasi di dalam Majlis Perbandaran Klang tetapi reflection ini bukan sahaja untuk Klang tetapi seluruh negeri Selangor.
“Masalah haiwan pemeliharaan ini ialah satu masalah yang dihadapi oleh semua majlis perbandaran di dalam negeri Selangor.




