Sultan Selangor Dijangka Temui Wan Azizah

KUALA LUMPUR 25 OGOS: Ketua Umum KEADILAN,  Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dijangka menerima menghadap Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Ismail selepas menteri besar Selangor berbuat demikian esok.

Ketika ditemui di Mahkamah Kuala Lumpur, Anwar memberitahu pihaknya telah menghantar surat untuk memohon menghadap Sultan Sharafuddin minggu lepas.

Katanya lagi, pihak istana turut mengesahkan menerima surat tersebut, lapor Malaysiakini.

“Istana telah mengakui menerima surat kami tetapi Tuanku perlu melalui proses menerima menghadap dengan menteri besar dahulu dan kemudian Wan Azizah,” katanya.

Menurut Anwar lagi, beliau bagaimanapun tidak tahu bila pihak istana akan menemui Wan Azizah.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memaklumkan, beliau akan menghadap sultan Selangor esok berhubung kedudukannya sebagai menteri besar. Sultan telah pulang daripada kunjungan ke Eropah.

Pertemuan itu penting bagi menyelesaikan krisis pentadbiran negeri selepas PAS menarik balik sokongan terhadap Khalid selepas dipecat daripada KEADILAN.

Sumber: MalaysiaKini

0 comments:

top