PKR Tubuh NOW Untuk Lindungi Pemberi Maklumat

PETALING JAYA, 2 OGOS: Menyedari ancaman hebat dikenakan keatas pemberi maklumat yang tampil kehadapan membongkar salah guna kuasa kerajaan, PKR hari ini menubuhkan satu badan khas bagi melindungi mereka.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata badan khas yang dinamakan Pusat Perlindungan Pemberi Maklumat Nasional (NOW) itu ditubuhkan ekoran Akta Perlindungan Pemberi Maklumat sedia ada tidak berfungsi sepenuhnya melindungi pemberi maklumat sebaliknya diragui rakyat.

“Mereka sepatutnya dilindungi oleh kerajaan bukannya diburu, diugut dan didakwa oleh kerajaan.

“Saya percaya selepas ini, pentadiran Datuk Seri Najib Razak akan terus memburu pemberi maklumat dalam memastikan mulut mereka terus tertutup,”ujarnya.

Mengulas lanjut berhubung fungsi utama NOW, Rafizi menjelaskan selain berperanan sebagai badan pemantau ia juga berfungsi untuk mendedahkan skandal-skandal besar yang cuba dilindungi oleh mana-mana badan yang berkepentingan awam.

“Selain itu, NOW ini juga melindungi dan menjaga kebajikan pemberi maklumat melalui Dana Perlindungan Pemberi Maklumat yang menanggung kos guaman, kos hilang sara diri.

“NOW juga akan mengerakkan program kesedaran untuk mengalakan lebih ramai pemberi maklumat tampil ke hadapan dan melatih lebih ramai aktivis berkemahiran dalam menganalisis skandal dan melakukan pendedahan,”jelas Rafizi dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR disini hari ini.

NOW bakal beroperasi dari pusatnya di Sungai Besi yang lengkap dengan kemudahan dewan latihan untuk menjalankan program latihan dan wacana yang berterusan.

NOW secara rasminya akan dilancarkan pada 30 Ogos depan sehari sebelum Sambutan Hari Kemerdekaan untuk melambangkan kebebasan baru rakyat Malaysia.

Dalam menjayakan hasrat NOW melindungi pemberi maklumat, sumbangan orang ramai diperlukan untuk menampung Dana Perlindungan Pemberi Maklumat.

Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun:

Oversight & Whistleblower Sdn Bhd

MAYBANK 562441603039

Sumber: Selangorku

0 comments:

top