Saya Tidak Keluar Parti, Kata Adun Sri Muda

SHAH ALAM, 12 Jan – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda Shuhaimi Shafiei menafikan khabar angin bahawa beliau akan meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

Penafian yang dibuat Shuhaimi itu sekaligus menolak dakwaan bahawa Timbalan Ketua PKR Kota Raja akan melepaskan jawatan tersebut.

“Tidak keluar parti, berita palsu,” kata Shuhaimi ringkas kepada pemberita ketika ditanya mengenai khabar angin yang disebarkan melalui khidmat pesanan ringkat (SMS) sejak awal pagi tadi.

SMS yang disebarkan awal pagi tadi berbunyi: “Sidang media YB Shuhaimi Adun Sri Muda akan umum peletakan jawatan sebagai Adun jam 10 pagi 12 Januari (hari ini).”

Beliau ditemui selepas Majlis Pelancaran Siri Jelajah Himpunan Rakyat Selangor Bersama Kelab Menteri Besar Selangor (MBSC) mengumpul sejuta tandatangan rakyat Selangor menyokong pentadbiran Pakatan Rakyat yang diterajui Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Selain majlis pelancaran, MBSC turut menyerahkan memorandum sokongan kepada kerajaan negeri Selangor.

Memorandum itu diserahkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin dan diterima sendiri Tan Sri Khalid di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.



Sumber: The Malaysian Insider

0 comments:

top