Dr Xavier Berhujan Berkempen di Tenang

Labis, Johor 28 Jan 2011 - Walaupun terpaksa berhujan, ianya tidak menghalang YB Dr Xavier Jayakumar, EXCO Negeri Selangor untuk terus mengunjungi penggundi-pengundi dari rumah ke rumah  sekitar Taman Tenang Jaya, Labis pagi ini dalam PRK Dun Tenang, Johor.

Beliau turut disertai oleh YB Charles Santiago - Ahli parlimen Klang dan Senator S. Ramakrishnan serta jentera dari beberapa cabang Parti Keadilan Rakyat yang datang dari Selangor. Turut serta ialah Gunaraj George, Ahli Majlis Selayang dan Selvarajan ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Jentera kempen kemudiannya berkunjung ke Ladang Voules terletak berhampiran yang rata-rata didiami oleh majoriti masyarakat India.  

Semasa ditemui mereka mengadu menerima gaji yang kecil walaupun telah bertahun-tahun bekerja dengan pihak syarikat estet kelapa sawit tersebut.


Mereka juga mengadu jalan masuk ke kawasan perumahan mereka becak dan berlumpur, disamping jalan masuk utama ke estet mereka seringkali dinaiki air setiap kali hujan lebat. Keadaan ini menyusahkan mereka keluar masuk ke bandar.

Mereka begitu kesal kerajaan BN Negeri sekadar memekakkan telinga dan tidak mengambil sebarang tindakan di atas segala aduan mereka. Lantaran itu mereka menegaskan akan 'mengajar' kerajaan Negeri dengan memilih Cikgu Normala Sudirman dalam PRU Dun Tenang pada hari Ahad ini.








0 comments:

top