SHAH ALAM, 30 Nov - Rakyat Selangor tanpa mengira kaum dan usia perlu bangkit untuk mempertahankan hak mereka  daripada terus dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu yang mendapat keuntungan melampau hasil dasar penswastaan perkhidmatan air yang tidak menguntungkan rakyat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata  rakyat perlu melakukan anjakan paradigma dengan menolak apa saja tindakan atau keputusan yang merugikan mereka.

Tan Sri Abdul Khalid menyampaikan taklimat kepada nazir dan AJK masjid seluruh Selangor

Sehubungan itu, Menteri Besar mengajak rakyat Selangor dan Lembah Klang tanpa mengira ideologi politik yang mahu mempertahankan hak mereka untuk mendapat air lebih murah dan perkhidmatan cekap  supaya bersama-sama menyertai Kerajaan Negeri menghantar memorandum kepada Yang  di-Pertuan Agong pada 5 Disember ini.
Pemimpin kerajaan negeri Pakatan Rakyat hari ini sepakat mengumumkan satu resolusi bagi mewujudkan penyelarasan daripada segi pelaksanaan, perkongsian pengalaman serta jawatankuasa bersama.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Resolusi Persidangan Shah Alam itu dicapai setelah mengambil persetujuan semua ketua negeri yang dikuasai Pakatan -- Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan dalam satu persidangan di Shah Alam hari ini.

khalid ibrahimSetiap ketua menteri dan menteri besar dari negeri berkenaan masing-masing membuat pembentangan kertas kerja meliputi aspek ekonomi, sosial, politik dan pentadbiran dalam persidangan berkenaan.

"Kami percaya dengan memiliki kepemimpinan yang baik dari segi visi dan arah tuju dalam mentadbir negeri, maka kami bersepakat untuk mewujudkan penyelarasan pelaksanaan dan perkongsian pengalaman,” kata Khalid yang membacakan resolusi berkenaan.
Ketua Umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa calon-calon yang kalah dalam pemilihan PKR tidak akan diketepikan oleh parti. Sebaliknya, kata beliau, mereka akan diberikan peranan tertentu dalam dalam kepimpinan parti sebagai usaha memperkuatkan PKR. Dalam ucapan juga, Dato' Seri Anwar menjanjikan peranan yang penting kepada pemimpin daripada Sabah dan Sarawak dalam memperkuatkan barisan kepimpinan parti itu.

Sementara itu, Presiden PKR Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail sewaktu menyampaikan ucapan penangguhan berpesan kepada perwakilan supaya tidak rasa tergugat dengan serangan yang dilemparkan kepada Anwar dan PKR.

Sambil mengungkap kembali apa yang dihadapinya sejak Dato' Seri Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri, beliau menegaskan tidak rasa tergugat dengan semua itu.

Presiden PKR Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata konsep “Ketuanan Melayu” wajib ditinggalkan kerana ia didakwa hanya slogan untuk memperdaya bangsa itu sendiri.
 
"Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri."

"Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar presiden dalam Kongres PKR di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pagi ini.

Menurutnya, sebagai seorang Melayu yang beragama Islam, beliau berkeyakinan bahawa tidak akan ada satu bangsa pun yang akan menjadi agung dan dihormati hanya dengan menggelar diri sendiri sebagai “tuan”.

Pada Kongres Nasional Ke-7 kali ini memperlihatkan Cabang Kota Raja dinobatkan sebagai penerima penghormatan keahlian teramai dengan jumlah ahlinya menghampiri 8,000 orang ahli.

Dr Xavier Jayakumar selaku Ketua Cabang Kota Raja menerima penghormatan tersebut daripada Presiden, Dato' Seri Dr Wan Azizah.

Menghadiri Kongres Nasional Ke-7 AMK dan Wanita

Petaling Jaya, 26 November - Kongres Nasional Ke-7 AMK (Angkatan Muda Keadilan) dan Wanita yang bertempat di Dewan Sivik, MBPJ telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden, Senator Dr Syed Husin Ali pada pukul 9.30 pagi.

Dalam ucapan perasmiannya, Dr Syed Husin Ali menekankan peranan Wanita dan AMK sangat penting dalam usaha memperkukuhkan parti menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang. Beliau turut menyatakan bagi memastikan Pakatan Rakyat mara ke Putrajaya, PKR harus memainkan peranan yang lebih aktif khususnya di negeri Selangor. Beliau mencadangkan supaya lebih banyak bengkel, kursus dan latihan diadakan untuk menimbulkan kesedaran dan kekuatan organisasi dan perpaduan politik

Dr Syed Husin Ali yang berucap buat kali terakhir sebagai Timbalan Presiden pada kongres ini menceritakan serba sedikit tentang sejarah penubuhan Parti Keadilan yang kemudiannya bercantum dengan Parti Rakyat Malaysia yang kemudiannya membawa nama Parti Keadilan Rakyat. Beliau mengingatkan bahawa parti ini perlu meneruskan perjuangan membela rakyat dan tidak sekali-kali tergugat dengan mereka yang mahu meninggalkan parti kerana kepentingan peribadi. Katanya lagi kepentingan rakyat adalah keutamaan parti. Adalah difahamkan, Dr Syed Husin Ali akan terus aktif dan memainkan peranan penting dalam merealisasi matlamat parti membela rakyat.

Selangor Prihatin Bantu Rakyat Miskin

SHAH ALAM, 25 Nov – Kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mendakwa kerajaan negeri Selangor tidak prihatin membantu rakyat miskin adalah tidak tepat  tegas Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr A. Xavier Jayakumar.

Menurut Dr Xavier kerajaan negeri turut menyalurkan peruntukan kewangan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Selangor setiap tahun untuk membiayai gaji dan emolumen kakitangan. Kerajaan negeri juga turut menyalurkan peruntukan bagi program bantuan, iaitu bantuan am, bantuan latihan aperantis dan bantuan bencana.

“Peruntukan yang diberikan adalah tidak kurang daripada RM10 juta setiap tahun dan kerajaan negeri turut meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM6 juta pada tahun 2009, dan RM7 juta pada tahun ini menjadikan jumlah peruntukan yang disalurkan adalah hampir RM20 juta setiap tahun,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

“Pada tahun 2010 seramai 32,377 orang telah menerima bantuan kerajaan negeri dan peruntukan itu sebanyak RM39,726,507.45 telah dibelanjakan,” jelas Dr Xavier.
SHAH ALAM, 22 Nov – Kerajaan Selangor akan meminta Kerajaan Pusat menarik balik lesen konsesi yang diberikan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) jika syarikat itu didapati mengutip balik kos 20 meter padu air yang disubsidi oleh kerajaan Selangor kepada rakyatnya menerusi Tabung Budi.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Syabas tidak berhak mengutip derma daripada mana-mana individu pengguna air yang mendapat subsidi daripada kerajaan negeri menerusi tabung yang dilancarkan syarikat itu.

“Jika benar ada individu yang mahu mendermakan subsidi yang diberikan,  mereka hendaklah memulangkannya kepada kerajaan negeri dan bukannya kepada Syabas. Syabas tidak boleh menggunakan duit subsidi itu. Duit subsidi yang saya gunakan ini ialah duit negeri untuk rakyat.

“Saya akan berbincang perkara ini dengan Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor dan pihak kewangan negeri sebab dalam perjanjian penswastaan yang dibuat bersama Syabas, kerajaan negeri tidak menyatakan Syabas boleh jalankan usaha ini (mengutip balik kos 20 meter padu air).
top