Program seranhan sumbangan Skim Mesra Usia Emas ini telah diadakan pada 25 Februari 2012 di DUN Seri Andalas. Pada kali ini sebanyak 82 orang daripada keluarga warga usia emas yang meninggal dunia dari DUN Sri Andalas, DUN Sri Muda dan DUN Kota Alam Shah telah mendapat bayaran sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Negeri Selangor menerusi Pejabat Daerah Klang.

Turut hadir pada program ini adalah En. P.S. Rajoo, Ahli Majlis MPK dan En.Manaf, Ahli Majlis MBSA. Seramai 150 orang bersama keluarga masing-masing telah datang ke program ini.

YB Dr Xavier Jayakumar ADUN Sri Andalas telah diwakili ahli-ahli majlis tersebut disebabkan beliau menghadiri program EXCO Retreat di Melaka.

DUN Sri Andalas telah membuat pendaftaran sebanyak 4,600 permohonan dalam program Skim Mesra Usia Emas ini sejak program ini dimulakan pada tahun 2008.

Setakat ini, seramai 782 keluarga dari DUN Sri Andalas telah memperolehi bayaran sebanyak RM2,500.

Jumlah pendaftaran SMUE bagi DUN Sri Andalas adalah seperti berikut:

Melayu - 1,142
Cina - 1,213
India - 2,212
Jumlah - 4,600

Jumlah pembayaran SMUE  bagi DUN Sri Andalas adalah seperti berikut:

Bayaran Pertama - 852
Bayaran Kedua - 782

En Arbaain Bin Abdul Rahman memberi pujian kepada pihak DUN Sri Andalas kerana rajin menguruskan program MUES ini dan DUN Sri Andalas merupakan DUN yang terbaik di Selangor dari segi pendaftaran dan bayaran.

Cik Kasturi a/p Ramasamy dari Taman Telok Menegon, Kg. Jawa, Klang yang datang untuk mengambil  bayaran ini bagi mendiang bapanya yang berusia 65 tahun mengatakan bahawa ayahnya seorang OKU dan dialah  yang menjaganya, Pada hari kematian bapanya, dia tidak mempunyai wang secukupnya untuk perbelanjaan dan terpaksa minta bantuan daripada saudara mara untuk upacara pengebumian.

Katanya, dengan pembayaran daripada MUES ini dia dapat menyelasaikan masalah yang dihadapinya. Dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor khususnya YB Dr Xavier Jayakumar yang menziarahi mendiang bapanya dan memberikan bayaran pertama sebanyak RM1,000 untuk upacara pengebumian.

Seorang lagi, Cik,Woo Keong Yei yang turut hadir untuk mengambil bagi mendiang emaknya mengatakan bahawa program seperti ini menunjukkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor mengutamakan rakyat .Walaupun pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor hanya 4 tahun, banyak perubahan telah dilakukan khususnya kepada rakyat negeri Selangor seperti Skim Pembayaran, Sumbangan dan Bantuan Kemiskinan.


0 comments:

top