Sabak Bernam, 21 November 2009 - Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor komitted untuk membantu anak kecil, Amirul Ilham Bin Mohd Fadil, berusia 3 bulan untuk mendapatkan rawatan untuk penyakit jantung berlubang yang sedang dihadapinya.

Ini dinyatakan oleh YB Dr. Xavier Jayakumar, EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang juga Pengerusi jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin kepada ibubapa anak tersebut selepas merasmikan majlis penyampaian bantuan persekolahan
kepada Anak Yatim, Pelajar Miskin dan Anak Pekerja Ladang di Asrama Anak Yatim Sungai Sekendi, Sabak Bernam baru-baru ini.

Mengikut kata bapa anak tersebut, Mohd Fadil Bin Mat Sih, 32 tahun, anaknya mengidap sakit jantung berlubang sejak dilahirkan lagi. Beliau yang bekerja sendiri dalam membekal papan tanda dan barangan souvenir menyatakan bahawa beliau tidak mampu menampung kos rawatan dan kos pengangkutan berulang alik ke hospital tambahan pula isterinya pula tidak bekerja.

Anak tersebut asalnya mendapat rawatan di Hospital Klang yang jauhnya lebih kurang 140 km dari rumahnya di Pekan Batu 39, Sabak Bernam. Memandangkan hospital Klang begitu jauh, anak kecil itu kemudiannya di pindahkan ke Hospital Teluk Intan yang jauhnya lebih kurang 70 km dari rumah beliau.

Katanya lagi besar kemungkinan anak kecilnya kan menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) dalam masa terdekat dan memohon Kerajaan Negeri membantu beliau menampung kos rawatan dan pembedahan tersebut.

0 comments:

top