60 Anak Pekerja Myanmar Dapat Pendidikan Percuma

Program komuniti dengan kerjasama gereja Saint Barnabas memberi bantuan pendidikan percuma kepada 60 anak-anak pekerja asing dari Myanmar yang menetap di negara ini.

Ini berikutan kanak-kanak tersebut tidak berpeluang bersekolah di sekolah awam.

“Pusat Komuniti Saint Barnabas ada sekolah untuk kanak-kanak Myanmar macam budak ini. Semua kanak-kanak ini, mereka adalah pelarian. Mereka tidak boleh pergi ke
sekolah di Malaysia jadi kita beri pendidikan percuma dan makanan,” katanya.

Segala kos pembiayaan ditanggung oleh pihak gereja melalui program-program yang dianjurkan bagi menambah dana yang sedia ada.

Turut hadir Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Perihatin, Dr. Xavier Jayakumar memberi sokongan kepada majlis pengumpulan dana untuk masyarakat miskin sekitar Klang.

Pada majlis tersebut, Xavier mengumumkan kerajaan melalui setiap DUN akan menganjurkan program “Back to School”  pada Disember ini bagi memberi wang sumbangan kepada murid-murid terpilih yang menduduki peperiksaan UPSR dan PMR.

“Akhir bulan kita ada program “back to school”. Ini akan dianjurkan oleh tiap-tiap DUN. Kita dari negeri akan bagi mereka dekat UPSR punya budak akan dapat 90 ringgit dan PMR punya budak akan dapat 120 ringgit seorang,” kata beliau.

Menurut Xavier lagi, penduduk negeri Selangor amat beruntung kerana kerajaan negeri sangat mengambil berat kebajikan rakyat menerusi program-program dana yang dianjurkan.

Xavier berkata demikian ketika menghadiri Pesta Ria 2009 Gereja St Barnabas, di Klang, pagi tadi.

Sumber: Selangorkini

0 comments:

top