Isu Sekolah Tamil Midland di I-City

Yang Berhormat Dun Sungai Burong telah membangkitkan isu tanah sekolah Tamil Midlands yang menyalahkan kerajaan Pakatan menjual tanah sekolah Tamil di I-CITY. Untuk makluman tuan-tuan sekalian, kerajaan Pakatan lebih prihatin dan menitikbaratkan maslah-masalah yamg dihadapi oleh  masyarakat ladang. Itulah sebab kerajaan bercadang membina sebuah sekolah Tamil yang moden dan serba canggih di tapak di mana sekolah Tamil sedia ada. Ini akan memudahkan ibu bapa dan anak-anak berulang alik ke sekolah yang dekat dengan kediaman mereka.



Bagi kerajaan Barisan Nasional:

1.Adakah sekolah Tamil sesuatu yang perlu dipulaukan ke kawasan  I-CITY?

2.Mengapa sekolah itu harus  ditempatkan  di kawasan perindustrian dan jauh daripada kawasan perumahan?


Yang Berhormat harus sedar masyarakat Ladang Midlands berjuang untuk tapak kekal sekolah Tamil selama 16 tahun dalam pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional. Bukan sahaja sekolah tidak dapat dibina semasa pemerintahan Barisan Nasional, malah tapak tanah juga tidak diberi hak milik, maka sekian lama isu tapak tanah di I-CITY hanya menjadi impian para Pekerja dan sandiwara politik Barisan Nasional. Jikalau Barisan Nasional terus menerajui Kerajaan Negeri Selangor, sudah pasti tapak sekolah Tamil terus menjadi mimpi siang.

Berikut adalah 3 contoh kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional telah menyalahgunakan tapak tanah sekolah Tamil:

– Sebahagian tanah milik Sekolah Tamil Ladang Effingam Damansara Utama, kini telah menjadi milik Dato Sri Samy Vellu.

- 20 tahun dahulu, semasa Ladang–ladang getah diambil untuk pembinaan bandaraya Ahah Alam.Barisan nasional telah berjanji kepada masyarakat Ladang Sungai Renggam tanah seluas 10 ekar bagi Sekolah Tamil Sungai Renggam dan kini hanya tinggal 3.5 ekar sahaja.

- Bagi  sekolah Tamil Ladang Bukit Raja di mana pemaju menyediakan 5.658 ekar tanah tetapi 2.658 ekar tanah  sekolah telah disorok dan hanya 3 ekar sahaja diberikan  kepada sekolah berkenaan. Kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah menebus kembali baki tanah seluas 2.658 tersebut untuk pihak Sekolah Tamil Ladang Bukit Rajah.

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor berganding bahu dan berusaha gigh untuk membela masyarakat pekerja ladang yang sekian lama terpinggir. Dengan ini, Kerajaan Pakatan menyeru pihak Umno dan Barisan Nasional untuk berhenti memainkan taktik-taktik kotor politik yang boleh memecahbelahkan rakyat Malaysia yang hidup dalam keadaan harmoni.

0 comments:

top