Projek Pencegahan dan Tebatan Banjir di Klang

Isu-isu yang dibangkitkan oleh YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas di Dewan Negeri Selangor ketika Ucapan Menjunjung Kasih Sempena Perasmian Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Persidangan Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor pada 2 Januari 2013.

Isu 4:  Projek Pencegahan dan Tebatan Banjir di Klang

"Saya berharap Kerajaan Negeri segera melaksanakan projek tersebut yang bernilai RM5.3 juta yang telah diluluskan tahun lepas di 3 kawasan tadahan di Sungai Teluk Gadong, Sungai Aur dan Sungai Puluh di Klang.

Selain daripada itu, saya memohon Kerajaan Negeri untuk menyegerakan pembinaan sebuah kolam takungan di Taman Botanik yang dibina dengan usaha sama syarikat Harum Intisari anak syarikat kepada MMC Gamuda dan pihak Majlis Perbandaran Klang yang sepatutnya siap pada penghujung bulan Julai ini.




Projek ini masih lagi belum berjalan walaupun majlis pecah tanah kolam takungan telah dirasmikan oleh Dato’ Menteri Besar pada 18 Februari yang lepas. Kerajaan Negeri hendaklah menyarankan supaya pihak Majlis Perbandaran Klang memberi keutamaan kepada projek ini supaya masalah banjir dikawasan berkenaan dapat diatasi segera.

Saya juga mencadangkan agar pihak Kerajaan Negeri membeli beberapa keping tanah persendirian yang telah dikenalpasti di Batu Ampat dan Taman Sentosa di dalam Dun Seri Andalas bagi pembinaan kolam-kolam tadahan.


Tempat-tempat yang dikenalpasti ini adalah;

Pertama, kawasan di simpang empat di hadapan KFC Taman Sentosa.

Kedua, di Batu Ampat, kawasan seluas 5 ekar berdekatan Sekolah Jenis Tamil Batu Ampat.

Ketiga, kawasan seluas 5 ekar di Alam Impian.


Kertas kerja berkaitan kawasan yang telah dikenalpasti ini hendaklah disediakan oleh pihak Majlis Perbandaran Klang dan Majlis Bandaraya Shah Alam. Sekiranya telah disediakan perlulah dikemukakan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Selangor untuk tindakan pembinaan. 

Pembinaan longkang konkrit besar di sebelah kiri dan kanan sepanjang Jalan Kebun bermula dari Batu 3 sehingga bulatan terbesar yang mengubungkan Taman Sentosa, Bukit Tinggi dan Kemuning juga adalah perlu dilakukan.

Kertas kerja telah disediakan Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor dan saya minta supaya pihak tersebut kemukakan kepada Kerajaan Negeri untuk tindakan segera.

Dengan adanya kolam-kolam tadahan dan pembinaan longkang konkrit ini, ianya dapat mencegah berlakunya banjir kilat setiap kali hujan lebat di kawasan Taman Sentosa dan kawasan sekitarnya yang menyebabkan penderitaan dan kesusahan terhadap lebih 100,000 penduduk di kawasan berkenaan."
Isu-isu lain:




0 comments:

top