Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad di atas kehilangan besar yang dialami mereka. Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin yang meninggal akibat barah otak di kediamannya pada pukul 9.27 malam tadi, merupakan seorang pejuang parti yang sukar di cari ganti.

Allahyarham Dr Zainal adalah antara pemimpin awal daripada Umno yang mengambil sikap yang tegas iaitu beliau menyertai PKR lama sebelum beliau bertanding pada 2008. Beliau sanggup mengambil risiko bersama parti dan akhirnya beliau mewakili rakyat Hulu Selangor sebagai Ahli Parlimen.

0 comments:

top