Majlis Perasmian Tadika Rakyat di Taman Sentosa




Klang, 8 Mac 2010 - YAB Dato Menteri Besar Selangor telah merasmikan bangunan Tadika Rakyat di Taman Sentosa, Klang, Selangor. Beliau diiringi oleh YB Dr Xavier Jayakumar, YB Halimah Ali dan YB Rodziah Ismail, EXCO Negeri Selangor. Turut hadir adalah YB Shuhaimi Shafie, Adun Sri Muda dan YB Ravi Adun Port Dickson.

Dalam majlis perasmian tersebut, YB Dr Xavier Jayakumar telah menyampaikan ucapannya: 

Semenjak 2 tahun Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan Negeri Selangor, kerajaan begitu komitted dan sangat mengambil berat untuk menyediakan  keperluan pra-sekolah bagi kemudahan dan keselesaan anak-anak dalam menimba ilmu pengetahuan terutamanya di kalangan anak-anak masyarakat India.


Dari rekod dan statistik yang kita perolehi dari Tamil Foundation dan NGO pendidikan yang lain  jelas menunjukkan bahawa anak-anak kalangan masyarakat India  jauh ketinggalan dalam mendapatkan pendidikan awal di peringakat pra-sekolah sebelum mereka memasuki alam persekolahan .

Lantaran itu kita melihat bahawa seramai 42 peratus pelajar tahun satu yang memasuki Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil tidak tahu membaca dan menulis kerana kebanyakan dari mereka pernah berpeluang pergi ke Tadika sebelum memasuki Tahun Satu.

Masalah ini berlaku bukan sahaja kerana kekurangan kemudahan dan infrastruktur tetapi juga kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh kebanyakan keluarga yang berpendapatan rendah tidak mampu menghantar anak ke tadika prasekolah swasta.

Berdasarkan feedback dari pelbagai pihak yang prihatin tentang tahap pendidikan awal anak-anak di kalangan masyarakat India, kerajaan Negeri di bawah YAB Dato’ Menteri Besar Selangor mengambil pedekatan yang pro aktif untuk menyediakan infrastruktur bangunan bagi tujuan menempatkan tadika pra-sekolah tersebut.

Sejumlah RM 4 juta telah disediakan bagi  membantu anak-anak yang belajar di Sekolah-Sekolah Tamil seluruh Negeri Selangor. Terdapat 97 buah sekolah Tamil di seluruh Negeri Selangor. Oleh itu sebahagian dari peruntukan tersebut digunakan untuk membina tadika rakyat ini yang bernilai RM 300,000.00.

Setakat ini kerajaan Negeri telah mengenalpasti beberapa lokaliti yang mempunyai kepadatan penduduk dikalangan masyarakat India yang berpendapat rendah dan kelas pertengahan yang memerlukan pusat-pusat tadika dengan harga yang rendah dan berpatutan.

Bangunan Tadika prasekolah yang sedia ada ini merupakan satu mercu tanda kebanggaan dalam sistem pendidikan kita.

Sejarah sedang diukir dimana Kerajaan Negeri komited menyediakan pusat tadika pra-sekolah dengan harga yang berpatutan dan dikendalikan oleh pihak-pihak yang peka dan prihatin terhadap masadepan anak-anak masyarakat India.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak CHILD, yang bersedia untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk membantu masyarakat tempatan. NGO ini mempunyai lebih 20 tahun kepakaran dan pengalaman dalam menyediakan tenaga pengajar dan teknik pembelajaran yang dinamik dan progresif bagi bidang pra-sekolah.

Pelajar-pelajar prasekolah akan dapat menikmati pendidikan yang "first class" dengan bayaran serendah sebanyak RM 20.00 sebulan.

Bangunan Tadika ini mempunyai 6 kelas dan mampu menempatkan kira-kira 20 orang pelajar setiap kelas. Ini bermakna kira-kira 120 pelajar akan mendapat manafaatnya bagi suatu sessi.

Dengan pembinaan bangunan tadika Rakyat ini kita berharap ibubapa di kalangan mereka-mereka yang berpendapatan rendah akan menghantar anak-anak mereka ke Tadika ini dan seterusnya mendapat manafaat darinya.

Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan Syabas kepada pegawai-pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) S.U.K , pihak Majlis Perbandaran Klang, Ahli-ahli Majlis MPK dan MBSA, kakitangan saya dari Pejabat Adun Sri Andalas dan seluruh jawatankuasa Urusetia yang telah bertungkus lumus dalam menyediakan dan mengendalikan program ini dengan jayanya.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat.

YB Dr. Xavier Jayakumar
EXCO Negeri Selangor
Tarikh : 08 March 2010


Berikut adalah foto ketika majlis perasmian:





0 comments:

top