Kerajaan Selangor melantik 45 orang sebagai Ketua Komuniti India bagi melicinkan pentadbiran kerajaan negeri di peringkat kampung yang majoriti penduduknya keturunan India.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier berkata kerajaan negeri juga buat pertama kali melantik seorang wanita India, Gobinder Sami Manimaykalay sebagai ketua komuniti India.

Mereka akan bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Daerah di lokasi masing-masing bagi memajukan penduduk setempat.

"Kira-kira 93 orang calon-calon telah ditemuduga baru-baru ini di mana 45 orang telah disenarai pendek dan seterusnya nama-nama mereka telah diluluskan dalam mesyuarat exco pada hari ini, kata Xaxier.


Ketua komuniti itu akan memainkan peranan mereka sebagai penghubung antara pihak kerajaan dengan masyarakat setempat.

Xavier berkata, mereka akan menyalurkan maklumat kepada rakyat akar umbi, selain menjadi mata dan telinga  kerajaan dalam membantu menyelesaikan masalah penduduk setempat.

”Kerajaan negeri menyediakan elaun bulanan RM300 dan mereka diserapkan dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan kampung masing-masing," kata beliau.

Sumber: TVSelangor

0 comments:

top