Dengkil, 8 Mei 2009 - YB EXCO Dr. Xavier Jayakumar telah melawat ke kawasan yang sering dinaiki banjir di Kampung Ampar Tenang, Dengkil, Selangor.

Masyarakat setempat (kebanyakannnya dari kalangan kaum India) sering mengadu kepada pihak berkuasa tempatan bahawa kampung mereka sering dinaiki air setiap kali hujan lebat. Masalah banjir tersebut telah berlarutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Antara sebab ialah parit yang bersempadan dengan sebuah ladang kelapa sawit milik Sime Darby sering melimpah ke dalam kampung setiap kali hujan lebat yang melibatkan kira-kira 30 buah rumah yang terletak berhampiran parit tersebut.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah memaklumkan kepada penduduk kampung bahawa satu saliran baru haruslah digali di dalam kawasan tanah milik ladang tersebut bagi mengatasi masalah banjir tersebut. Setakat ini, pihak ladang masih belum memberikan kebenaran bagi JPS menggali saliran baru tersebut.

Dr. Xavier bercadang untuk memanggil JPS dan pihak pengurusan ladang untuk membincangkan permasalahan tersebut dalam masa terdekat.

Ahli Majlis Perbandaran Sepang, Encik S. Kanasan dan Encik G. Vannir Ahli Majlis Daerah Kuala Langat dan pemimpin setempat telah turut serta dalam lawatan tersebut.


Dilaporkan oleh,
Abdul Razak Bin Ismail
P.A kepada Dr. Xavier Jayakumar, EXCO Negeri Selangor.

0 comments:

top