17 Mei 2009 (Ahad), 4.30 Petang
Bertempat di Perkarangan Pusat Khidmat Rakyat DUN Batang Kali, Bandar Utama.

Satu majlis penyampaian sumbangan kepada 200 penerima dari golongan miskin, orang kurang upaya dan mangsa bencana alam telah diadakan di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Zon Utara, Bandar Utama, Batang Kali. Penyampaian sumbangan berbentuk cek dan keperluan harian telah dilakukan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor, YB Dr Xavier Jayakumar yang memegang portfolio kesihatan, pekerja ladang, kemiskinan dan kerajaan prihatin.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Tuan Syed Shahir, Presiden MTUC, Penyelaras DUN Batang Kali, Nashruddin Abd Aziz, Penghulu Mukim Serendah, Tuan Jamadi, Ketua-ketua kampung dari Mukim Serendah, JKKK dan penduduk-penduduk sekitar.

Dalam ucapan beliau, YB Dr Xavier berharap dengan sumbangan daripada kerajaan neger tersebut, semua rakyat di negeri Selangor dapat menikmati hidup yang lebih selesa tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik, keperluan dan bantuan kesihatan melalui semua saluran-saluran kerajaan negeri.

Tuan Syed Shahir, Presiden Malaysian Trade Union Congress (MTUC) didalam ucapan beliau berharap semua Ketua Kampung dan JKKK dapat memajukan kampung masing-masing dengan aktiviti yang berfaedah dan diharapkan dapat memperkukuhkan lagi pembangunan modal insan menerusi program yang dijalankan oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor. Beliau juga mengharapkan supaya rakyat bersabar kerana banyak lagi rangsangan-rangsangan yang akan diberikan oleh kerajaan negeri kepada rakyat dan terus memberi sokongan supaya dapat terus membantu rakyat hidup lebih selesa.

Nashruddin Abd Aziz berharap dengan pembukaan satu lagi pusat khidmat di Bandar Utama ini akan terus membantu semua penduduk sekitar terutama di kawasan zon utara DUN Batang Kali ini, manakala Pusat Khidmat Rakyat di Bandar Bukit Sentosa akan dapat memastikan perkhidmatan dan menumpukan penduduk disekitar Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa.

Majlis telah diakhiri dengan jamuan petang dan bersurai jam 6 petang.


0 comments:

top