Klang, 23 Oktober 2011 - Sebagai menunaikan tanggungjawab membantu golongan miskin dan yang memerlukan, Kerajaan Negeri Selangor melalui YB Dr Xavier Jayakumar dan pasukan sukarelawannya hari ini turun padang ke Apartment Impian untuk mengagihkan sumbangan hamper kepada warga miskin disitu.

Pengagihan sumbangan hamper yang juga bersempena dengan perayaan Deepavali ini adalah bagi memberi sedikit bantuan kepada mereka yang akan menyambut Deepavali.

Walaupun bersempena dengan Deepavali dan penerima kebanyakan adalah berbangsa india, bangsa-bangsa lain turut menerima bagi memastikan kesemua bangsa dibantu.

Encik PS Rajoo, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Klang yang turut hadir membantu YB Dr Xavier membuat pengagihan berkata kepada penduduk Apartment Impian bahawa beliau melalui peruntukan yang ada akan mentar kawasan lapangan disitu bagi memberi lebik keselesaan kepada para penduduk.

Program pengagihan sumbangan hamper ini adalah program berterusan oleh YB Dr Xavier Jayakumar, dan beliau baru sahaja membuat agihan sebelum ini di Taman Maju, Taman Menara Maju, Taman Sentosa, Hulubalang dan akan bekerja keras untuk memastikan beliau dan para sukarelawan dapat mengagihkan sumbangan hamper kepada warga miskin dan memrlukan dalam kawasan DUN beliau.















0 comments:

top