Kerajaan Negeri Selangor akan memberi bantuan beg sekolah percuma kepada 700 pelajar di setiap Dun di seluruh negeri Selangor.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata agihan beg sekolah percuma itu akan dimulakan tiga minggu lagi melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) masing-masing.

"Kita telah bersetuju untuk mengadakan program ‘Kembali Ke Sekolah ‘untuk keseluruhan negeri Selangor,
kita akan belanja dekat 650 ribu ringgit untuk semua 56 Adun di Dun Negeri Selangor untuk back to school program dan ini akan disampaikan kepada Adun-adun tempatan dalam minggu yang ketiga di negeri Selangor"

Dr Xavier berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco, di Shah Alam, petang tadi.

Jelasnya lagi, kerajaan telah memperuntukkan RM650,000 bagi program ini yang diyakini dapat memberi rangsangan kepada kanak-kanak untuk ke sekolah.

Beliau berkata pemberian beg sekolah percuma itu adalah bagi meringankan beban pelajar miskin dan keluarga yang berpendapatan kurang RM1,500.

0 comments:

top