250 Pelajar Terima Sumbangan Persekolahan RM5,000




Seramai 250 pelajar daripada golongan berpendapatan rendah menerima sumbangan kasut sekolah berjumlah RM5,000 daripada Exco Kerajaan Negeri, Dr A Xavier Jayakumar.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Andalas berkata, sumbangan berupa vaucer RM20 itu diberikan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh kawasan DUN Sri Andalas bagi membantu mengurangkan bebanan ibu bapa menjelang musim persekolahan baru.



“Bantuan ini diberikan bagi mengurangkan beban keluarga ketika musim persekolahan hampir tiba. Pelbagai yuran sekolah perlu dibayar selain menyediakan kelengkapan lain seperti baju sekolah, kasut, buku dan tambang pengangkutan seperti bas sekolah. Melalui program kebajikan seumpama ini pasti dapat membantu penerima.

Bantuan ini adalah sebahagian daripada merakyatkan ekonomi Selangor (MES)," katanya ketika hadir pada majlis pembelian barangan persekolahan di sebuah kedai rangkaian Bata di Klang petang semalam.

Sementara itu, kebanyakan ibu bapa yang hadir pada majlis tersebut melahirkan rasa terharu dan bersyukur dengan bantuan yang dihulurkan.

Bagi ibu tunggal, Zaidah Majid, sumbangan itu merupakan rezeki kepada keluarganya yang selama ini belum pernah menerima sumbangan daripada mana-mana pihak.

"Alhamdulillah rasa terharu jugaklah sebab terpilih kan, selama hari ini tak dapat pun, berapa tahun tak pernah dapat pun. Inilah pertama kali bersama dengan makcik ni. Kita orang dua inilah. Pertama kali dipilih dan dipanggil sebab makcik pun ibu tunggal banyak masalahkan, kita kena jumpa dengan wakil-wakil rakyat ni dia ambil beratlah," katanya.









Sumber : TV Selangor.com

0 comments:

top