Kerling, 7 Februari 2012 - YB Dr Xavier Jayakumar, EXCO Kerajaan Negeri Selangor telah hadir ke upacara perayaan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar, Bt 2 1/2 Kuala Selangor bagi kali ketiga dan juga di Kerling, Hulu Selangor atas jemputan daripada pihak kuil-kuil tersebut. Turut hadir adalah Ahli- ahli Majilis dan Ketua ketua komuniti setempat.
Sambutan daripada para penganut sungguh meriah apabila YB Dr Xavier dijemput memberi ucapan. Dalam ucapannya, beliau menegaskan kepada orang ramai supaya perubahan pada PRU Ke13 harus dilakukan dengan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat demi kepentingan masa depan anak-anak mereka dari segi pekerjaan dan pendidikan.

Pada masa yang sama, sumbangan untuk pembangunan kuil-kuil tersebut sebanyak RM50,000 daripada Kerajaan Negeri Selangor telah diserahkan YB Dr Xavier. Pihak kuil mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor  atas sumbangan ini  kerana mereka tidak pernah terima sumbangan sebanyak ini daripada Kerajaan BN untuk pembangunan kuil walaupun permohonan telah pun dibuat. 

0 comments:

top