12.00 pm : Penyokong BN mula mempamer aksi lucah kepada penyokong PR di Sek. Men. Ampang Pecah. Mereka saling berbalas sorakan. Keadaan masih terkawal.

11.55 am : Suasana sekali lagi tegang di Sek. Keb. Bandar Baru Batang Kali. Kedua-dua penyokong saling berbalas sorakan.

Pergaduhan hampir tercetus ekoran jarak kedua-dua penyokong hanya sebelah menyebelah.

11. 30 am : Pelbagai spekulasi mula tersebar melalui khidmat pesanan ringkas SMS mendakwa PKR bakal menang besar.

Ada yang mendakwa PKR akan menang besar berdasarkan maklumat briged Welsh, pemimpin Umno didakwa sudah beransur ansur meninggalkan Hulu Selangor.

Manakala ada juga SMS mengatakan PKR akan tewas jika hanya 60 peratus sahaja pengundi keluar mengundi. Namun jika Peratus keluar mengundi lebih 61 peratus, PKR dijangka menang besar.

11.25 am : SPR memaklumkan Peratus keluar mengundi sehingga jam 11 pagi tadi adalah 24,645 iaitu 38.21 peratus.

11.20 am : Di Sek. Keb. Ulu Yam Baru- Pemuda BN dilihat mendominasi keadaan. Gelagat sorakan mereka hanya diperhatikan penyokong Pakatan rakyat

11.15 am: Sukarelawan PKR, Maznah Abdul Aziz, 59 mendakwa seramai empat pengundi kaum Tionghua di Sek. Keb. Batang kali Baru terkejut apabila dimaklumkan SPR bahawa nama mereka masing-masing telah dipindahkan ke Parlimen Kepong.

11.10 am : Datuk Zaid Ibrahim tiba di Sek. Keb. Bandar Baru Batang Kali. Beliau bagaimanapun hanya meninjau dari kenderaan yang dinaikinya akibat jalan terlalu sesak.

Beliau bagaimanapun sempat bertanya khabar pengundi yang datang membuang undi dan bersalam dengan penyokong yang berbaris di tepi jalan.

Sumber: Harakah Daily

0 comments:

top