RM 10,000 for A. Kugan's family

Khamis 02 April, 2009

YB Dr Xavier telah meyerahkan cek sumbangan sebanyak RM10,000 sumbangan Kerajaan Negeri Selangor kepada keluarga mendiang A. Kugan (yang mati dalam tahanan Polis) pada pada hari ini

Cek diterima oleh ibu mendiang , Puan N. Indra A/P Nallathamby, 41 dalam satu acara ringkas di rumahnya di Kajang. Dr. Xavier menegaskan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor berasa prihatin dan terharu terhadap apa yang berlaku kepada keluarga Kugan.

Tegasnya lagi kerajaan negeri akan terus memberi bantuan kepada mangsa-mangsa penainyaian tanpa mengira samaada mangsa seorang Melayu, Cina, atau India.

Beliau juga mempertikaikan tindakan membisu Polis yang tidak megambil sebarang tindakan terhadap anggota-anggota polis yang menyebabkan kematian Kugan walaupun post morten kedua yang dilakukan terhadap mayat Kugan menunjukkan bahawa mangsa telah didera dengan tidak berperikemanusian hingga menyebakan kematian Kugan.

YB Ravi ADUN Port Dickson, Arultchelvam, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan beberapa orang ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPkj) turut serta dalam majlis tersebut

Laporan oleh
Abdul Razak Ismail








0 comments:

top