Kesas Court case continues




Klang 06 April 2009 Kes Perhimpunan Lebuhraya Kesas yang bermula sejak 2001 ditangguh lagi pada hari ini bagi membolehkan peguam bela OKT memfailkan permohonan bagi mendapatkan saksi-sakti tambahan pihak peguambela dan juga menfailkan prosiding Inkuiri Laporan Suhakam terhadap Kekasaran Pihak Polis dalam Perhimpunan Lebunraya Kesas tersebut.

Peguambela YB Yusmadi Yusoff (Ahli Parlimen Balik Pulau) dan Shamsul Iskandar Md. Akin (Ketua AMK) bertindak sebagai peguambela kepada 11 orang O.K.T dalam kes ini. Kes akan bersambungan pada 25 Mei 2009 dan penggulungan kes pada 15, 16 dan 17 Jun 2009.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Negeri Selangor, Roslan Hj. Abu Bakar dihadapi Hakim Mahkamah Sesyen Klang, Puan Noradidah Bte Ahmad. Kesebelas OKT tersebut didakwa terhadap 2 pertuduhan di bawah akta Polis dibawah

1) menghadiri perhimpunan haram dan
2) engkar perintah polis dan sekiranya disabitkan kesalahan akan didenda RM2,000 atau dipenjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

Permohonan mendapatkan saksi tersebut dibuat bagi membolehkan peguam bela mendapat 2 orang Pesuruhjaya Suhakam yang menjadi panel Inkuiri dan 7 lagi saksi awam yang antara lain termasuk Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail Presiden Parti Keadilan Rakyat , Haji Mahfuz Omar (PAS) dan lain-lain untuk memberikan keterangan dalam perbicaraan yang akan datang .

Dalam kes perhimpunan Kesas ini yang dikenali "perhimpnuan 100,000 Rakyat di Jalan Kebun" yang berlaku pada tanggal 25 November 2000 itu, lebih 157 orang telah ditangkap pihak polis tetapi hanya 11 orang dihadapkan dimahkamah dan selebihnya dibebaskan tanpa perlu hadir ke mahkamah.

Abdul Razak Ismail
(juga salah seorang OKT yang dibicarakan)

0 comments:

top