SHAH ALAM, 20 Oktober : Kerajaan Negeri Selangor akan mengambil inisiatif mengadakan rundingan dengan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) bagi mewujudkan skim insurans untuk melindungi pekerja yang diberhentikan.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata skim seperti ini mampu mengurangkan beban yang ditanggung mereka yang kehilangan kerja sekiranya berlaku kegawatan ekonomi pada masa hadapan.
“Skim ini bukan berbentuk pampasan sepenuhnya tetapi cukup untuk membantu mereka yang kehilangan kerja berdepan dengan hari-hari yang sukar. Saya berharap dapat mengadakan perbincangan dengan MEF mengenai perkara ini,” katanya ketika pada majlis makan tengahari bersama pemimpin Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di Bangunan SSAAS di Shah Alam, hari ini.