Showing posts with label Perutusan Tahun 2011. Show all posts
Showing posts with label Perutusan Tahun 2011. Show all posts
Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat yang meraikannya khususnya di negeri Selangor.

Seperti yang kita sedia maklum, Tahun Baru Cina diraikan setiap tahun dengan penuh kemeriahan. Berasal dari sambutan musim bunga bagi meraikan kejayaan hasil tanaman, golongan muda di perantauan akan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing bagi meraikannya. 

Menerusi peredaran zaman, tradisi murni ini tetap diteruskan, dan pada hari ini Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan bersama ibubapa dan golongan tua, tetapi diraikan bersama-sama dengan jiran tetangga dan rakan-rakan.

Sinonim dengan sambutan yang meriah ini, perhiasan serta pakaian baru dipersiapkan, juadah tradisi disediakan, limau mandarin dan ang pow menjadi suatu kemestian. 

Bersempena dengan musim perayaan ini, ingin saya mengambil kesempatan berpesan supaya kita berbelanja dengan bijak dan cermat serta teruskan amalan kunjung-mengunjungi bagi mengeratkan hubungan sesama kita.

Pada tahun ini, kita raikan tahun arnab yang disimbolkan dan dikaitkan dengan ketenangan dan ketahanan. Kepada mereka yang membuat perjalanan pulang ke kampung, terapkanlah nilai-nilai ini, amalkan sikap bersabar dan berhati-hati di jalan raya.

Akhir kata, saya dan keluarga, mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina, mulakanlah tahun baru ini dengan satu lembaran yang baru dan semoga tahun ini dilimpahkan dengan penuh kejayaan dan kebahagiaan. Xin Nian Kuai Le, Gong Xi Fa Cai!


YB DR XAVIER JAYAKUMAR
EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2011 kepada semua rakyat di negeri Selangor khususnya dan semua rakyat diseluruh Malaysia amnya.

Tahun 2010 bakal melabuhkan tirainya. Pada tahun 2010 seperti tahun-tahun sebelumnya semenjak diberi mandat untuk mentadbir negeri Selangor, Pakatan Rakyat telah dan sentiasa bersunguh-sungguh menjalankan pelbagai program berorientasikan kebajikan pembelaan nasib rakyat di negeri ini. Program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) telah dijalankan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Namun begitu, saya dan rakan-rakan seperjuangan, berpendapat apa yang telah dicapai masih lagi tidak mencukupi. Kami akan terus bekerja keras dalam memastikan kebajikan rakyat di negeri ini dijaga dan diberi perhatian sebaik mungkin.

Dengan bekerja keras dan usaha berterusan inilah saja saya percaya apa yang diidamkan oleh rakyat dapat dicapai. Oleh yang demikian ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua kakitangan pentadbiran di peringkat kerajaan negeri serta semua ahli parti Pakatan Rakyat yang sama-sama menjayakan program sepanjang tahun 2010. Saya berharap usaha dan komitmen yang anda semua tunjukkan pada tahun 2010 akan terus ditunjukkan pada tahun 2011. Ingatlah apa yang kita usahakan selama ini adalah demi masa depan rakyat yang lebih baik.

top