Showing posts with label Penyaluran Air Mentah Pahang. Show all posts
Showing posts with label Penyaluran Air Mentah Pahang. Show all posts
MB dan EXCO Pahang sepatutnya jaga kepentingan rakyat Pahang dan bertanggungjawab  terhadap kemusnahan alam semulajadi di Lembah Kelau.

Saya ingin mengulas kenyataan media oleh Exco Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengankutan Pahang, Datuk Ir Mohd Soffi Abdul Razak dan MB Pahang berhubung isu Projek Penyaluran Air Mentah Pahang- Selangor ( PPAMPS) yang disiarkan oleh Sinar Harian (edisi Negeri Pahang) hari ini di bawah tajuk ‘ Jangan Politikkan Isu Air’ dan ‘Kerajaan Negeri Serius Kaji Perjanjian : MB’

Kita ingin menasihati MB dan Exco Pahang berkenaan agar terlebih dahulu menjaga kepentingan rakyat Pahang sendiri daripada “sibuk-sibuk” konnonya menjaga kepentingan rakyat Selangor dalam isu air ini.

Mereka sepatutnya lebih prihatin bahawa projek PPAMPS yang melibatkan  pembinaan Empangan Klau, Stesen Pam Sungai Semantan di sebelah Pahang telah menyebabkan beribu hektar  hutan simpan  kekal Lakum terpaksa ditenggelamkan menyebabkan spesis habitat hidupan liar pupus.

Turut ditenggelamkan  ialah beberapa tanah rancangan di Felda di Mempaga dan Felda Lembah Kelau.

Turut terkorban untuk ditenggelamkan ialah perkampungan Orang Asli suku Temuan di Bentong dan Orang Asli Sungai Temir yang juga terpaksa ditenggelam bagi pembinaan Empangan Klau tersebut.

Beribu-ribu peneroka Felda hilang punca pendapatan dari hasil ladang kelapa sawit mereka dalam proses pengambilan dan lebih 13,000 masyarakat Orang Asli hilang tempat rayau dan sumber pendapatan dari hutan kekal tersebut.  

Pembinaan empangan ini merupakan pemusnahan alam sekitar yang dahsyat dan dikritik hebat oleh NGO pencinta alam tempatan mahupun dari luar negara.
   
Kerajaan Selangor  ingin mengesakan bahawa tidak berbangkit Negeri Selangor menghadapi masalah air yang kritik sebalik kita berpendapat bahawa Kerajaan Persekutuan sebenarnya berada dalam keadaan “kritikal” untuk segera menyiapkan “Tiga Projek Mega” mereka iaitu Empangan Klau dan Stesen Pam Sungai Semantan di Pahang dan Loji Rawatan Air Langat 2 di Selangor dan keseluruhannya projek tersebut dianggarkan bernilai RM 12 Bilion. 
 
Kita juga akan menulis surat kepada Kerajaan Jepun dan akan menghantar delegasi dalam masa terdekat ke Kedutaan Jepun bagi menyampaikan ‘notis bantahan’ kepada Kerajaan Jepun di atas penglibatan mereka dalam memberikan dana sebanyak RM3 bilion melalui Japanese International Cooperation Agency (J.I.C.A) bagi projek PPAMPS dimana kita ingin perjelaskan bahawa pihak Jepun telah diberikan maklumat yang salah tentang keperluan projek tersebut.

Kita ingin jelaskan bahawa projek tersebut sebenarnya bertujuan memberikan kerja-kerja kontrak dan keuntungan kepada syarikat-syarikat kroni dan bukannya untuk kepentingan rakyat Selangor.

Kita ingin pihak Jepun mengetahui bahawa projek Empangan Klau sahaja telah menyebabkan kemusnahan alam semulajadi dan habitat liar yang begitu dashyat.  

YB Dr. Xavier Jayakumar
EXCO Negeri Selangor      
   
Tarikh : 28 September, 2012

Isu Penyaluran Air Mentah Dari Pahang ke Selangor

Kerajaan Selangor mengalu-alukan cadangan Kerajaan Pahang untuk membatalkan perjanjian penyaluran air mentah  dari Pahang ke Selangor kerana kita melihat ianya dapat "memberhentikan" pemusnahan alam sekitar dan pengambilan tanah keringat dan titik peluh rakyat Pahang.
Untuk menyalurkan air mentah dari Pahang ke Selangor ini dua buah empangan baru iaitu Empangan Kelau dan Empangan Muka Sauk dan Stesen Pam Semantan dibina di sebelah Pahang bagi tujuan tersebut. 
Paip dan terowong yang menghubungkan kedua-dua empangan ini  akan melalui ladang getah, ladang kelapa sawit, bukit yang curam dan kawasan berhutan Banjaran Titiwangsa seperti Hutan Simpan Kekal Lakum.
Kesan dari projek tersebut ialah :-
a) 1,057 hektar Hutan Simpan Kekal Lakum akan tenggelam. Hutan ini adalah habitat hidupan liar seperti monyet spesies dusky leaf, badak sumbu dan burung enggang hitam.
b) Tanah rizab orang Asli yang penuh flora dan fauna akan tenggelam.
 c) Penduduk Felda MempagaFelda KelauRancangan Tanah Pemuda dan 13,000 orang Asli suku Temuan di Bentong akan turut tenggelam. 
dFelda Lembah KelauRTP Kelau dan perkampungan orang Asli Sungai Temir bakal ditenggelamkan.
Melihat kepada kemusnahan alam sekitar yang dasyat ini kita berpendapat bahawa Adnan Yaakob , Menteri Besar Pahang sewajarnya lebih prihatin terhadap kepentingan rakyat Pahang melebihi kepentingan 'berniaga menjual air Pahang' sekadar mendapat pulangan royalti air sebanyak RM80 juta setahun dari wang rakyat  Selangor.
Walaubagaimanapun kita nasihatkan agar rakyat jangan terpedaya dengan mainan politik MB Pahang tersebut. Kita melihat bahawa beliau sedang memberi isyarat untuk memberi tekanan kepada PM Najib Tun Razak dalam sesuatu agenda politiknya.
Harus diingat rakan golf Najib di George Kent Bhd telah diberikan kontrak dalam pembinaan Empangan Kelau  dan stesen Pam Semantan tersebut.   

YB Dr. Xavier Jayakumar
Ahli EXCO Kerajaan Negeri Selangor 

Rabu 26 September 2012

Selangor 'Sangat Gembira' Jika Perjanjian Batal

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri ‘sangat gembira’ sekiranya Kerajaan Negeri Pahang mahu membatalkan perjanjian bekalan air mentah ke negeri ini jika pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 tidak diteruskan.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, beliau percaya perkara itu juga menggembirakan rakyat negeri ini kerana secara tidak langsung Kerajaan Negeri tidak perlu membayar kira-kira RM80 juta setahun royalti air mentah kepada Kerajaan Negeri Pahang.

Katanya, Kerajaan Negeri menyambut baik hasrat Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob itu.

“Kalau dia (Adnan) nak batalkan kita gembira dengan keputusan itu kerana kita tidak perlu bayar RM80 juta setahun.
top