Kuala Kubu Bharu, 10 Oktober 2011 - YB Dr. Xavier Jayakumar Exco Negeri Selangor yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Negeri Selangor telah melakukan lawatan kerja ke Hospital Kuala Kubu Bharu petang tadi.
Beliau telah ditemani pengarah hospital, Dr. Jasmeet Singh untuk melawati wad kanak-kanak dan Ibu Bersalin disamping memberikan sumbangan kepada mereka.
Turut hadir bersama dalam lawatan tersebut ialah Ketua Cabang Keadilan Hulu Selangor, Nazar Yakin, Penyelaras Dun Ulu Bernam, Haji Shukor dan Penyelaras Dun Batang Kali, Khalid Jaafar.
Dalam ucapan selepas lawatan tersebut, Dr. Xavier mengatakan bahawa lebih 70% dari rakyat mendapatkan khidmat perubatan dari hospital-hospital kerajaan kerana kosnya jauh lebih rendah berbanding hospital swasta.