SHAH ALAM, 12 JAN: Laporan palsu pihak media yang tidak bertanggungjawab menuduh peserta perhimpunan yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Jalan Duta Isnin lalu sebagai dalang letupan dikecam Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Alam Sekitar Negeri Selangor, Elizabeth Wong.
"Tuduhan tersebut tidak masuk akal, memandangkan kawasan sekeliling mahkamah berada di bawah kawalan ketat oleh kehadiran polis yang ramai. Saya menyeru pihak polis memberi keutamaan kepada siasatan kes ini.

"Pihak yang bertanggungjawab melepaskan letupan-letupan bom tersebut mesti dibawa ke muka keadilan dengan segera," katanya dalam satu kenyataan media.

Dalam kejadian tersebut, tiga letupan berlaku dan mengakibatkan lima orang cedera dan mengakibatkan kerosakan harta benda terutamanya kenderaan.

Letupan yang pertama berlaku bersebelahan dengan kenderaan Exco Selangor sehingga mengakibatkan kereta tersebut mengalami kerosakan manakala kereta milik Zakaria Abdul Hamid, pengarah PKOM Selangor, yang diletak di belakang turut menerima mengalami kerosakan.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak polis untuk menyiasat perkara ini dengan terperinci dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan agar kejadian sebegini tidak berulang.

Tanbahnya, pelepasan bom-bom ini boleh dianggap sebagai tindakan pengganas yang bertujuan untuk mencetuskan keadaan huru-hara.

Sementara itu, Exco Selangor Dr. Xavier Jayakumar mengesa polis segera menyiasat sumber yang diperolehi oleh akhbar Utusan Malaysia bertajuk " Peserta Bawa Bom" yang disiarkan di muka depan akhbar tersebut semalam.

"Kita menganggap laporan tersebut mendahului hasil siasatan polis sedangkan pihak polis masih menjalankan siasatan. Adalah sangat wajar pihak polis ‘mengheret' wartawan atau editor akhbar berkenaan untuk siasatan lanjut," katanya.

Lantaran letupan tersebut memberi gambaran negatif terhadap tahap keselamatan orangramai dan hartabenda dan sekaligus ‘merobek' kredibiliti dan ‘ketidak upayaan' pihak polis dalam aspek mengawasi keselamatan orang ramai dan kawasan persekitaran (surveillance) dalam sesuatu perhimpunan atau keramaian di tempat awam.

Dr Xavier turut mempertikaikan sikap membisu Datuk Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara dalam isu ini kerana orangramai mula meragui ‘kecekapan' polis dalam ‘menjamin' keselamatan negara.


Sumber: TVSNEWS

0 comments:

top