Suara Sri Andalas

Aug 17, 2009

Video Gobala Dikasari Polis

  • Polis menahan ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan membantu siasatan kerana didakwa mencetuskan kekecohan di kawasan pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Bukit Mertajam pagi ini.
  • Menurut Ketua Polis Negeri Datuk Ayob Yaakob, dalam insiden jam 11.30 pagi itu, ahli Majlis Tertinggi PKR itu telah mencetuskan kekecohan apabila mengingkari arahan polis supaya tidak menggunakan alat pembesar suara untuk melaungkan kata-kata berunsur provokasi, lapor Bernama.
  • Katanya setelah Gobalakrishnan ingkar dengan amaran polis sebanyak dua kali, seorang anggota polis menahannya tetapi beliau dan penyokongnya kemudian melawan anggota polis dan menyebabkan berlaku kekecohan.
Itu kenyataan dari pihak polis... tengok video dekat bawah...
Siapa yang provoke siapa..?
at 5:15 PM
Share

No comments:

Post a Comment

‹
›
Home
View web version
Powered by Blogger.