SHAH ALAM 7 APRIL : Seramai 1,115 murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SKJT) seluruh Selangor dirai dalam Anugerah Pelajar Cemerlang Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013.

Anugerah yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK di sampaikan oleh Exco Kerajaan Prihatin, Pekerja Ladang dan Kemiskinan, V.Ganabatiroa.

Ganabatiro berkata majlis yang bermakna itu bertujuan untuk memberi dorongan kepada pelajar cemerlang untuk terus mengekalkan pencapaian dalam peperiksaan lain akan datang.

“Kerajaan Negeri sentiasa menanti dan menghargai kejayaan anak-anak Selangor.

“Kami juga ingin memastikan anak sekolah Tamil tidak ketinggalan dalam arus pendidikan yang mencabar ini,” katanya.

Beliau berkata sejak Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negeri pada 2008, kerajaan negeri memberi bantuan yang konsisten yang sewajarnya kepada pihak SKJT.

“Kerajaan negeri sentiasa peka dengan tuntutan arus kehidupan zaman kini selaras konsep kerajaan berjiwa rakyat,” katanya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid yang tidak dapat hadir melalui perutusannya yang dibaca oleh Ganabatiroa menyifatkan keputusan cemerlang pelajar itu menunjukkan sikap proaktif kaum India untuk berjaya dalam pendidikan.

“Saya berharap murid-murid cemerlang ini mendapat tunjuk ajar dan bimbingan dalam proses pembelajaran seterusnya dan menjadi contoh terbaik kepada murid lain untuk terus berusaha dengan gigih dalam usaha di masa depan,” katanya.

Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri sentiasa proaktif merangka dan mencari penyelesaian pelajar-pelajar di negeri ini supaya dapat mencapai kemerlangan dalam pendidikan.

“Walaupun penyediaan pembelajaran dan pendidikan termasuk prasarana tanggungjawab Kerajaan Pusat, namun Kerajaan Negeri mengambil keputusan untuk memikul tanggungjawab itu.

“Setakat ini, kita memperuntukkan sebanyak RM6 juta untuk sekolah agama, RM6 juta untuk sekolah Cina dan RM4 juta untuk sekolah Tamil.

6juta, 4 juta sekolah tamil, 6 juta setiap tahun, yang mana sebelum ini mereka tidak diberikan bantuan,” katanya.

Hadir sama Ahli Parlimen Kapar, G Manivanan.


Sumber: SelangorKu

0 comments:

top