PRK Kajang: Telefon Pengarah IT PAS Pusat Digodam

KUALA LUMPUR: Nombor telefon Pengarah IT PAS Pusat, Shuhaimi Embong telah digodam pihak tertentu malam tadi dengan menghantar mesej-mesej 'mengganggu' orang ramai termasuk pengundi di Kajang.

Menurut Suhaimi, beliau menyedari perkara itu selepas menerima beratus-ratus panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) balas yang mengecam beliau berhubung satu sms yng didakwa dihantar melalui nombor tersebut.

"Saya telah menerima beratus-ratus panggilan dan sms sejak lebih kurang jam 11 malam tadu hingga sekarang tak henti-henti.

"Saya kesal dengan pihak-pihak tidak bertanggungjawab membuat serangan psikologi untuk mengganggu tugas dan tumpuan kita membantu gerak kerja IT Pakatan Rakyat menghadapi PRK Kajang pada hari ni," kata beliau yang telah membuat laporan di Balai Polis Kajang jam 12.30 tengah malam tadi.

Menurut Suhaimi, antara mesej yang di hantar berbunyi; ”Emak kau berhutang dengan aku, bila nak bayar” dan “Duit telah ada pada aku bila nak ambil”.

"Saya tidak pernah sama sekali menghantar sms tersebut dan meminta maaf kepada orang yang menerima serta minta mengabaikannya,” katanya kepada Harakahdaily.

Pengarang Harakahdaily, Azmi Yusof turut menjadi mangsa dan membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara jam 1.42 pagi tadi.

Ekoran itu, beliau telah menerima beratus-ratus panggilan dan sms daripada penerima mesej itu sama ada Melayu, Cina, India termasuk pendatang asing yang bekerja di negara ini sehingga pagi ini.

Beliau juga telah memaklumkan perkara itu kepada pihak Celcom malam tadi.

Sumber: HarakahDaily

0 comments:

top