Berita gembira untuk belia, sekiranya anda berkahwin, Kerajaan Negeri Selangor akan memberi insentif kepada anda. Pada hari ini seramai 15 orang telah menerima insentif sebanyak RM500.


PENYALURAN INSENTIF

1. ISLAM : Disalurkan melalui akaun Tabung Haji

2. BUKAN ISLAM : Disalurkan melalui Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional.


SYARAT MEMPEROLEH INSENTIF

1. Terbuka kepada semua kaum

2. Tiada sebarang had pendapatan.

3. Lahir di Negeri Selangor atau telah bermastautin di Negeri Selangor selama 10 tahun (perlu pengesahan ADUN/Penghulu/Pengerusi JKKK/Pengerusi Taman)

4. Pemohon Islam: Sijil Nikah yang berdaftar dengan Jabatan agama Islam Selangor atau mana-mana Jabatan Islam Negeri.

5. Pemohon Bukan Islam: Sijil Pendaftaran Perkahwinan didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara di semua cawangan Selangor atau Jabatan Pendaftaran Negara di setiap negeri.

6. Perkahwinan kali pertama sahaja.

7. Pengantin lelaki atau perempuan tidak melebihi usia 35 tahun semasa tarikh bernikah atau pendaftaran.

8. Permohonan hanya terbuka kepada perkahwinan / pernikahan / berdaftar pada atau selepas 1 Januari 2013.

9. Sah laku permohonan adalah sehingga 3 bulan selepas tarikh bernikah (bagi pasangan Islam) atau berdaftar (bagi pasangan bukan Islam)


DOKUMEN DIPERLUKAN

Borang permohonan mestilah disertakan dengan:

1. Salinan Kad Pengenalan pemohon.

2. Sijil Nikah pemohon beragama Islam ATAU

3. Sijil Pendaftaran Perkahwinan pemohon bukan Islam.

4. Salinan muka depan buku simpanan Tabung Haji bagi pemohon beragama Islam.


DI MANA MEMOHON
 
Sila hubungi Pusat Khidmat DUN berhampiran ATAU

Seksyen Sektoral
Unit Perancang Ekonomi Negeri,
Tingkat 5, Bangunan SSAAS,
40503, Shah Alam
Tel : 03-5544 7920/7921

0 comments:

top