Jangan Laksana GST Selagi Gaji Tak Naik

PETALING JAYA 8 DIS: Kerajaan didesak tidak melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selagi gaji pekerja di Malaysia tidak dinaikkan, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Rafizi memetik kenyataan Johan Idris, rakan kongsi kanan firma pemakanan dan percukaian KPMG bahawa gaji perlu naik 6 peratus setiap tahun untuk mengimbangi kenaikan kos akibat beberapa siri kenakan harga barangan.

“Pandangan KPMG itu menggambarkan sentimen sebenar rakyat Malaysia bahawa pengenalan cukai baru dalam keadaan kerajaan gagal melonjakkan kadar gaji di negara ini.

“Kerajaan mempunyai pengaruh besar dalam menetapkan gaji baik di sektor awam atau swasta,” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
KEADILAN sebelum ini mencadangkan supaya pendapatan isi rumah minima sebanyak RM4,000 sebulan dicapai terlebh dahulu sebelum GST boleh dipertimbangkan.

“Gaji perlulah dinaikkan dahulu secara berperingkat sehingga sehingga purata isi rumah memperoleh pendapatan munasabah,” katanya.

Dasar kerajaan BN punca gaji sektor swasta terus rendah

Dalam pada itu, kata Rafizi, kerajaan bertanggungjawab menyebabkan gaji purata sektor swasta terus rendah kerana dasar BN yang bergantung kepada buruh asing murah sehingga mengenepikan tenaga kerja tempatan.

“Tangga gaji kakitangan awam menjadi rujukan kepada tangga gaji sektor lain.
“Kerajaan bertanggungjawab menentukan kos buruh yang ditanggung oleh majkan melalui pelbagai peraturan, yuran dan kos lain,” katanya.

Sumber: KeadilanDaily

0 comments:

top