Isu Air Selangor - PKR Beri Amaran Pada Kerajaan

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli memberi amaran kepada kerajaan persekutuan agar tidak menggunakan kuasa bawah Akta Industri Perkhidmatan Air untuk menaikkan tarif air di Selangor dan memberi pampasan tidak adil kepada pemegang konsesi.

Rafizi berkata, kerajaan telah menyatakan hasrat untuk menggunakan Seksyen 114 akta tersebut, yang menurutnya memberi kuasa pentadbiran kepada kerajaan persekutuan untuk menguruskan semua pemegang konsesi air di negeri itu.

“Mereka boleh gunakan kuasa ini sebagai senjata politik ke atas kerajaan negeri Selangor dan juga mungkin menaikkan tarif air,” katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Rafizi berkata kerajaan negeri perlu bertindak berhati-hati apabila kerajaan negeri menyatakan hasrat berkenaan, yang memberi kuasa menyatukan semua pemegang konsesi di bawah pentadbirannya sendiri.

"Saya mencari jaminan bahaw kerajaan tidak akan mengguna kuasa untuk kepentingan mereka bagi memberi ganjran kepada pemegang konsesi. Mereka boleh mendapat keuntungan secara tidak adil melalui tindakan ini,” katanya.

Tambahnya, walau dengan jaminan kerajaan persekutuan, ia masih boleh bertukar fikiran mengenai terma pengambilalihan tersebut.

"Saya bimbang sekiranya kita tidak berhati-hati, kerajaan persekutuan sekali lagi akan memilih Puncak Niaga dan SYAB AS sebagai syarikat induk yang berkuasa untuk mengambil alih aset kesemua pemegang konsesi,” katanya.

Katanya perjanjian berat sebelah, seperti dalam tindakan penswastaan air yang berkuatkuasa di negeri tersebut pada masa kini juga mungkin berulang.

“Kerajaan persekutuan boleh menggunakan perkara ini untuk menghukum rakyat Selangor yang memberi sokongan besar kepada Pakatan dalam pilihan raya umum lalu, dengan menaikkan tarif air,” katanya.


Sumber: MalaysiaKini

0 comments:

top