Tol Naik Antara 50sen Hingga RM2 Bulan Depan

Lima belas lebuh raya, kebanyakannya sekitar Kuala Lumpur, dilaporkan akan menaikkan kadar tol antara 50sen hingga RM2 bermula 1 Januari tahun depan.

Bagaimanapun, New Straits Times memetik Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof sebagai berkata, jumlah sebenar kenaikan tol masih belum diputuskan.

Lebuh raya terbabit: Lebuh Raya Pantai Baru (NPE), Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sprint, Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuh Raya Maju (Mex), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Smart dan Sistem Lingkaran-Lebuh Raya Kajang (Silk).

Fadilah berkata, menurut perjanjian konsesi lebuh raya, syarikat konsesi boleh menyelaras semula kadar tol setiap tiga tahun.

Bagaimanapun, katanya, syarikat konsesi tidak melakukannya dalam tempoh enam tahun terakhir. Justeru, tambahnya, peningkatannya akan dibuat dua kali ganda,

"Kerajaan membelanjakan RM400 juta pampasan jika tidak membenarkan penyelarasan," beliau dipetik sebagai berkata kepada Sin Chew Daily.


Sumber: Malaysiakini

0 comments:

top