Pada 26 Oktober 2013, YB Dr Xavier Jayakumar telah hadir merasmikan Forum Pemilik Haiwan Yang Bertanggungjawab Sempena Hari Haiwan Sedunia 2013 yang telah diadakan di Dewan Ilmu Perpustakaan Komuniti Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang bermula jam 9 pagi.

Hadir dalam forum tersebut adalah Puan Dr Chitradavi, Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran MBPJ, Puan Dr Hajah Hayati Abdullah, Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL serta Ahli-ahli Majlis MBPJ.

Ini adalah tahun keempat sejak tahun 2009 sambutan Hari Haiwan Sedunia telah diadakan di MBPJ. Tema pada tahun ini adalah “Responsible Pet Ownership” bertujuan mewujudkan tahap kesedaran kepada pemilik haiwan dan rasa tanggungjawab terhadap haiwan yang dipelihara. 

Dalam majlis yang diadakan, sijil telah diberikan kepada para pemilik haiwan yang bertanggungjawab kemudian diikuti dengan pembentangan kertas kerja dan sesi soal jawab bersama ahli-ahli panel.

Atas sikap prihatin dan tanggungjawab, MBPJ telah menubuhkan Canine Advisory Team (CAT) di negeri Selangor dan juga merupakan PBT pertama di Malaysia yang mengadakan sambutan Hari Haiwan Sedunia pada setiap tahun.

MBPJ turut menguatkuasakan undang-undang kecil perlesenan anjing dan rumah pembiakan anjing bagi memastikan pihak yang tidak bertanggungjawab  tidak melakukan perbuatan kejam terhadap binatang ini. Penalti sebanyak RM2,000 akan dikenakan atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali sekiranya terdapat mana-mana pihak yang melanggar undang-undang kecil ini.




0 comments:

top