PETALING JAYA, 4 DIS : Syarikat Bekalan Air Selangor(Syabas) digesa segera melakukan kerja-kerja penyelenggaraan paip selain memantau kualiti tekanan air secara berkala.

Tindakan ini perlu bagi mengelakkan trajedi kebakaran yang memusnahkan dua buah rumah di Jaln 1/4, Old Town akibat tekanan air yang rendah.

Pegawai Khas Pusat Khidmat Rakyat DUN Bukit Gasing, Kasthuri Patto berkata, kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi i Disember lalu itu memaksa pihak bomba menggunakan bekalan air daripada trak kedua yang bergegas ke tempat kejadian ekoran tekanan air dari pili berhampiran terlalu rendah.

Bagaimanapun katanya, kebakaran itu berjaya dikawal sepenuhnya oleh pihak bomba, namun punca kejadian masih belum dikenalpasti.

Dalam kejadian itu seramai 28 orang kehilangan tempat tinggal.

Atas dasar prihatin, Pejabat Adun Bukit Gasing memberi sumbangan sejumlah RM3,000 untuk setiap rumah yang musnah dalam kebakaran itu.

“Kita juga akan terus membantu mereka dengan pelbagai cara lain bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung setelah berhadapan pengamalan trauma seperti ini,” katanya dalam satu kenyataan media.

Pihaknya juga akan menghantar surat rasmi kepada Syabas sebagai peringatan untuk memastikan tekanan air kerap diperiksa terutama di Petaling Jaya seluruh negeri dengan segera.

“Syabas adalah badan yang bertanggungjawab membekalkan air kepada pengguna di negeri Selangor. Sesungguhnya pengekalan tekanan air termaktub di bawah bidang kuasa mereka juga. Adakah Syabas memungkiri janji mereka untuk membekalkan air bersih dan berkualiti kepada pengguna?

“Saya sarankan pihak Syabas perlu menyemak keadaan paip air mereka dan membuat penyelenggaraan berkala bagi memastikan pengguna tidak berhadapan keadaan sebegini lagi,” katanya lagi.

Sumber: Selangorku

0 comments:

top