Rumah Berhala Kecil Boleh Bina Dalam Rumah

SHAH ALAM 19 DIS : “Altar” atau rumah berhala kecil bagi individu dan keluarga yang dibina di dalam rumah tidak perlu mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Bagaimanapun, kelulusan mesti diperolehi untuk membina tambahan atau struktur lain di luar rumah kata Menteri Besar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Keputusan itu dicapai selepas meneliti laporan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) berhubung isu perobohan sebuah “altar” di Bandar Baru Salak Tinggi, bulan lepas.

“MPS sudah menerangkan kepada Kerajaan Negeri mengenai perobohan altar di Sepang.

“Kami juga sudah menerima dan meneliti memorandum daripada masyarakat kaum tersebut selain pandangan kumpulan-kumpulan lain yang meminta kita cari jalan yang sesuai selesaikan masalah ini.

“Jadi keputusanya kita sudah tetapkan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di ibupejabat Kerajaan Negeri di sini.

Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri akan meneliti operasi MPSp untuk berlaku adil kepada semua pihak.

Pada Nov 20, seramai 30 pegawai penguatkuasa MPSp memasuki kawasan berpagar seorang penganut Hindu, Umah Devi di Bandar Baru Salak Tinggi dan meruntuhkan altar kecil yang dibinanya.

Tindakan tersebut mendapat teguran daripada beberapa pihak yang mendakwa Kerajaan Negeri melanggar kebebasan beribadat keluarga itu.

Ekoran itu, Kerajaan Negeri memulakan siasatan tentang operasi tersebut selepas didedahkan bahawa ia tidak mendapat kelulusan dari Yang Di-Pertua MPSp Sayuthi Bakar dan Exco-exco yang bertanggungjawab terhadap hal-ehwal bukan Islam.

Sumber: Selangorku

0 comments:

top