Dilampirkan salinan memorandum untuk rujukan;

Memorandum dibaca oleh Saudara Azmizam Zaman Huri, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Selangor di hadapan Wisma Rozali, Sek 13, Shah Alam seperti di bawah:

MEMORANDUM MEMBANTAH CADANGAN  SYABAS UNTUK PROGRAM CATUAN AIR DAN MENGESA SYABAS AGAR MEMBENARKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR MENGAMBIL ALIH (STEP IN) DALAM OPERASI DAN PENGURUSAN AIR SYABAS DI SELANGOR, KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA

23 JULAI 2012

Kepada         :       Tan Sri Rozali Ismail,
                              Pengerusi Eksekutif, Syarikat Bekalan Air     
                              Selangor (SYABAS)

Daripada       :       Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor,                                
                              bersama Pakatan Rakyat Selangor,     
                              NGO-NGO Selangor dan Rakyat Selangor


1) Bantahan Cadangan Program Catuan Air Oleh Syabas
Kami membantah cadangan Syabas untuk melaksanakan program catuan air di beberapa kawasan di negeri Selangor. Tindakan mengadakan catuan ini akan menyebabkan kesusahan kepada penduduk di kawasan berkenaan lantaran mengganggu aktiviti kehidupan harian mereka. Cadangan  catuan ini juga akan menyebabkan situasi panik kepada orangramai yang akan mendorong mereka menyimpan air secara berlebihan dan keadaan ini akan merumitkan lagi keadaan. 

2) Desakan Menyerahkan Operasi Air Terawat Kepada Kerajaan Negeri Selangor
Berikutan KEGAGALAN SYABAS MEMENUHI TANGGUNGJAWAB dalam membekalkan air terawat yang mencukupi kepada pengguna seperti termaktub dalam perjanjian konsesi air ,Kami mendesak supaya SYABAS menyerahkan operasi merawat dan menbekal  air kepada Kerajaan Negeri Selangor. Keengganan SYABAS berbuat demikian bukan sahaja melanggari perjanjian yang telah dibuat malah menyusahkan rakyat di negeri Selangor.

3) Perkhidmatan SYABAS Yang Tidak Memuaskan
SYABAS tidak berupaya menyediakan air terawat yang mencukupi walaupun bekalan air mentah di tujuh empangan Selangor melimpah.  Dibeberapa kawasan di Selangor, pengguna mengalami bekalan air pada tahap tekanan yang rendah dengan kualiti air yang tidak bersih disebabkan saluran paip yang digunakan sudah lama, sudah berkarat dan harus diganti. Keadaan ini menyebabkan urusan harian pengguna terjejas dan pengguna terpaksa membayar perkhidmatan tersebut dengan nilai yang tidak setimpal.

4) Kedudukan Kewangan SYABAS Yang Membimbangkan
Kami juga  tidak yakin dengan kelangsungan operasi SYABAS. Laporan awal audit mendapati SYABAS gagal melaksanakan kerja-kerja capex (capital expenditure) dengan baik. Ini jelas ditunjukkan apabila SYABAS setakat bulan April 2012, mempunyai tanggungan jumlah tertunggak kepada operator rawatan air dianggarkan sebanyak RM2.8 bilion. SYABAS juga gagal menurunkan kadar air tidak terhasil NWR (non-revenue water) kepada 20%.

5) Kerajaan Negeri Selangor Lebih Cekap Mengendalikan Operasi Air Terawat
Kami menyokong penuh hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk ‘step in’ bagi mengambilalih  SYABAS dan percaya bahawa Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berupaya memberi perkhidmatan air terawat yang lebih baik dengan harga yang tidak membebankan rakyat Selangor.

6) Berhenti Mensabotaj Kerajaan Negeri Selangor
Beberapa tindakan SYABAS dilihat tidak professional dan tidak mengutamakan keperluan pengguna yang lebih bersifat kepada tindakan mensabotaj Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi mengikis keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor antaranya;

1. Cadangan Catuan air dan program catuan air di beberapa kawasan di negeri Selangor dengan alasan kononnya bekalan air terawat tidak mencukupi dan menyalahkan Kerajaan Negeri Selangor atas keengganan meluluskan Projek Langat 2. Tindakan ini dilihat sengaja mahu mengundang rasa tidak puas hati dan marah rakyat kepada Kerajaan Negeri Selangor.

2. Menyebabkan Selangor kehilangan 60 projek pelaburan akibat perkhidmatan bekalan air yang tidak memuaskan.

3. Sebanyak 162 buah projek pembangunan di Selangor tidak diluluskan oleh SYABAS membuktikan SYABAS tidak layak untuk mengurus air di negeri ini. Banyak aduan telah diterima dari masyarakat perniagaan yang membangunkan kawasan masing-masing tetapi tidak mendapat sijil atas alasan tekanan air rendah. Tindakan sabotaj telah menyebabkan projek yang dibangunkan tidak dapat diduduki kerana gagal memperolehi sijil menduduki.

4. Cubaan membina persepsi negatif kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dengan mengumumkan krisis air. SYABAS serahusnya sedar bahawa kuasa untuk mengumumkan krisis bekalan air di sesuatu negeri terletak pada tangan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan bukan syarikat konsesi yang mengendalikan operasi air. Tindakan tidak bertanggungjawab SYABAS boleh mencetuskan isu keselamatan didalam negeri Selangor.
  
7) Menolak Projek Langat 2
Kami Rakyat Selangor menolak Projek Langat 2 yang dilihat akan membebankan rakyat dengan kenaikan tarif air sehingga 70 peratus. Kos penyaluran Air Mentah dari Pahang Ke Selangor dan pembinaan Loji Langat 2 menelan kos perbelanjaan berjumlah RM8.65 Bilion dan kos ini akan ‘dipaksakan’ke atas rakyat Selangor dengan cara terpaksa membayar bil air yang tinggi apabila projek ini siap kelak. 

Air adalah merupakan hak asasi yang tidak sepatutnya didagangkan hingga membebankan rakyat. Selangor sudah pun mempunyai bekalan air mentah yang mencukupi dan tidak memerlukan pembekalan air mentah dari Pahang. Apa yang diperlukan adalah operasi rawatan air yang cekap dan SYABAS sememangnya tidak berupaya melakukannya dan Projek Langat 2 dilihat hanya mengkayakan segelintir elit yang mempunyai kepentingan.

Atas sebab-sebab dan kelemahan yang dinyatakan ini, Kami Rakyat Selangor mendesak sekeras-kerasnya supaya SYABAS menyerahkan semua operasi pengurusan air  kepada Kerajaan Negeri Selangor demi kepentingan 5.7 juta rakyat negeri Selangor.


Sekian, terima kasih.

Angkatan Muda KEADILAN (AMK)Selangor,               
bersama Pakatan Rakyat Selangor, 
NGO-NGO Selangor dan Rakyat Selangor








1 comments:

Anonymous said...

Syabas has long failed to provide quality water. It has also failed to prevent wastage of water thru leakages, usage abuses, etc. It was not operate professionally. As a result we need to install expensive water filter(s) to filter the muddy water supplied by Syabas. In a way, it has increase our cost of living. Syabas, under BN, is one of the major company apart of Proton, Bernas, Telekom, etc that has actually increase the cost of living as we need to spend additional monies on equipment to ensure we obtain quality water.

top