Bukit Tinggi, Klang, 27 Disember 2011 - Seramai 50 orang pelajar dari seluruh kawasan Kota Raja telah diberi baucar RM100 setiap seorang untuk dibelanjakan membeli peralatan dan pakaian sekolah.
Program Prihatin Bantuan Sekolah yang dianjurkan oleh Angkatan Muda Keadilan Kota Raja dihadiri oleh YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Seri Andalas dan YB Shuhaimi Shafiei, ADUN Sri Muda dan Ketua Kampung Johan Setia Imam Jalil. Menjayakan program tersebut adalah saudara Azmizam Zaman Huri, Ketua Angkatan Muda Keadilan Kota Raja dan saudara PS Rajoo, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Klang.

Kesemua 50 orang pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan yang hadir telah ditemani penjaga masing-masing serta dibantu oleh ahli-ahli Angkatan Muda Kota Raja. Program ini juga dimeriahkan dengan kehadiran Bubu The Clown serta saudara kembarnya.


Baucar RM100 telah diserahkan kepada para peserta oleh YB Dr Xavier Jayakumar dan YB Shuhaimi Shafiei. Kedua-dua YB telah menghabiskan masa selama hampir 2 jam tersebut bersama-sama peserta-peserta membeli peralatan dan pakaian sekolah.










0 comments:

top