Petaling Jaya, 10 Disember 2011 - Majlis Sambutan Hari Krismas 2011 yang dianjurkan Kerajaan Selangor di Kompleks Membeli-belah 1Utama, mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan penglibatan seluruh anggota masyarakat berbilang kaum.

Sambutan Hari Krismas 2011 ini adalah anjuran bersamna Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Tourism Selangor dan Pusat membeli-belah 1Utama.

Sekurang-kurangnya 10,000 rakyat menghadiri perkarangan pusat membeli-belah turut bersama-sama dalam meraikan majlis tersebut.

Selain meraikan perayaan terbesar masyarakat Kristian, Kerajaan Selangor turut menyelitkan unsur pendidikan kepada rakyat menerusi tema mesra alam.

Selaras dengan tema sambutan yang mengutamakan penjagaan alam sekitar, sistem lampu dan kesan bunyi persembahan mengunakan tenaga hijau biodiesel yang dihasilkan oleh minyak masak terpakai.

Tidak terlepas, lampu pokok Krismas dinyalakan melalui tenaga yang dijana oleh basikal.

Minyak masak yang digunakan untuk menyediakan juadah makanan kepada pengunjung dikumpulkan untuk dikitarsemula.

Exco Selangor, YB Dr Xavier Jayakumar berkata, kerajaan negeri komited mendidik masyarakatnya tentang nilai kehidupan berbilang kaum dan agama selain memberi mesej kesedaran cintai alam sekitar.

"Sokongan rakyat di Negeri Selangor (terhadap dasar Pakatan Rakyat) ini saya lihat semakin meningkat pada setiap kali penganjuran majlis yang kami lakukan.

"Inilah dasar kami, hasil negeri yang dijana dikembalikan kepada rakyat selain memajukan negeri," Dr Xavier berkata deikian pada majlis tersebut.

Sambutan ini juga dimeriahkan lagi dengan persembahan oleh penyanyi-penyanyi terkemuka seperti Reshmonu dan Francesca Peters dan Koir Filharmonik Selangor.


0 comments:

top