Tempat: Hapadan New Wing, Pusat Membeli Belah 1 Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya
Tarikh: 10 Disember 2011 (Sabtu)
Masa: 6 petang-11 malam

Kerajaan Negeri dengan ikhlas menjemput semua untuk bersama-sama Menteri Besar dan barisan pimpinan Negeri Selangor dalam sambutan Hari Krismas 2011.

Sambutan ini akan diadakan pada 10hb Disember di depan pintu masuk pusat membeli-belah 1 Utama di Bandar Utama, Petaling Jaya bermula pada pukul 6 petang.

Antara aktiviti yang dirancang adalah persembahan oleh penyanyi-penyanyi terkemuka Reshmonu dan Francesca Peters. Koir Filharmonik Selangor, Deafbeat dan 3rd KL Boys' Brigade Company juga akan memberi persembahan nyanyian pada malam ini.

Selaras dengan dasar Kerajaan Negeri, sambutan ini dianjurkan dengan mengutamakan penjagaan alam sekitar.

Sistem lampu dan bunyi persembahan mengunakan tenaga hijau biodiesel yang dihasilkan oleh minyak masak terpakai. Tambahan pula, lampu pokok Krismas akan dinyalakan melalui tenaga yang dijana oleh basikal.

Untuk membantu pihak usahawan, gerai-gerai makanan akan mengutamakan mereka yang diberi pinjaman MIMBAR. Bagi mengelakkan pencemaran sistem perparitan, minyak masak yang digunakan pada hari tersebut akan dikumpulkan untuk dikitarsemula. Penggunaan bahan mesra alam juga diwajibkan.

Semua pihak dijemput untuk bersama-sama bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Krismas ini. Bagi mengelakkan kesesakan lalulintas, orang ramai digalakkan menggunakan pengangkutan awam.

Sambutan Hari Krismas 2011 ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bersama-sama Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Tourism Selangor dan 1 Utama.

0 comments:

top